Header Ads

Urutan Tapak Kaki Dapat Melegakan Serta Melancarkan Perjalanan Darah, Jom Cuba


Siapa yang tak suka apabila kakinya diurut setelah seharian penat bekerja , mahupun penat berjalan jauh.
Kebanyakan orang menghabiskan masa sehariannya dengan berjalan dan berdiri. Itulah sebabnya urutan yang berkesan selepas pulang dari kerja sangatlah diperlukan.

Urutan tapak kaki bukan sahaja dapat memberi rasa relaksasi, tapi ia turut memberi kesan positif kepada minda dan kesihatan fizikal.

Urutan tapak kaki merupakan salah satu teknik yang digunakan dalam refleksologi.
Refleksologi merupakan salah satu perubatan alternatif yang sudah lama popular di Malaysia.
Menurut refleksologi di tangan dan kaki manusia mempunyai hujung saraf yang dipanggil refleks. Saraf-saraf ini bersambung dengan organ dan sistem badan manusia.
Oleh itu, dengan mengurut titik-titik ini akan dapat memberi rasa kelegaan kepada organ yang bersambung dengannya.

 Urutan berkala pada tapak kaki dikatakan sangat berguna untuk kesihatan badan manusia.
Urutan pada tapak kaki sangatlah mudah untuk dipelajari, lagipun ianya percuma, boleh didapati di internet dan anda boleh lakukannya sendiri di rumah!


Kelebihan urutan kaki setiap hari::


1. Dapat meningkatkan perjalanan darah.
- Sebelum tidur, lakukan urutan tapak kaki dalam 10 minit hingga 20 minit. Cara ini dapat mengelakkan rasa pedih serta kebas pada kaki. Teknik ini selalu berguna untuk pesakit kencing manis.



2. Menggalakkan tidur yang lebih berkualiti
- Urutan tapak kaki dapat membantu anda mendapat tidur yang lebih baik sekiranya anda menderita insomnia atau masalah tidur tidak teratur.
Ia juga menggalakkan peredaran tenaga yang bebas dan lancar ke seluruh badan kerana ia akan mengaktifkan meridian dan melegakan anda.




3. Mengurangkan stress dan rasa kebimbangan yang berlebihan.
Urutan tapak kaki dapat membantu merehatkan keseluruhan sistem saraf seterusnya melegakan stress dan anxiety.
Caranya adalah dengan memberi tekanan kepada kedua-dua belah tapak kaki secara serentak. Cara ini membolehkan anda mencari point yang betul di tengah-tengah tapak kaki yang di renyukkan itu.


4. Melegakan rasa sakit belakang.
- Mengurut tapak kaki anda setiap malam boleh membantu mengurangkan rasa sakit belakang, iaitu dengan menekan sepanjang tepi tapak kaki dengan menggunakan ibu jari selama lima minit.

Dikuasakan oleh Blogger.