Header Ads

Tragis, bayi berumur 17 bulan didapati sedang minum susu ibunya yang telah mati


Kisah yang tragis tentang anak kecil yang sedaya upaya untuk minum susu ibunya, malah dia tidak mengetahui bahawa ibunya telah mati. Polis terpanggil untuk membuat laporan mayat yang berhampiran dengan landasan kereta api di daerah Damoh, Madhaya Pradesh, India pada awal pagi ini.

Apabila pegawai polis tiba disana, mereka melihat ramai orang berkerumun di sekitar perempuan itu dan bayi yang berumur 17 bulan.


Saksi, Monu Balmiki, 27 tahun berkata: " Saya melihat ada seorang wanita yang terbaring berhampiran landasan kereta api dan lantas dia menghubungi pihak polis. Sewaktu saya mendekatinya, saya ternampak seorang kanak-kanak di sebelah mayat beliau menangis sambil minum susu ibunya".

Kejadian seperti ini tidak pernah berlaku sebelum ini. Ia agak emosi untuk kita semua.

Kanak-kanak itu dibawa ke hospital berdekatan untuk menjalani pemeriksaan dan didapati kesihatannya dalam keadaan baik.


Doktor Balmiki menambah bahawa mayat tersebut telah dibedah siasat dan dia mengesyaki ada berlakunya kemalangan kerana terdapat darah keluar di bahagian hidup dan telinganya.

Anak kecil itu diserahkan terlebih dahulu kepada Jawatankuasa Kebajikan Kanak-Kanak sebelum kami dapat menghubungi ahli keluarga mereka.
Dikuasakan oleh Blogger.