Header Ads

"Tomato Baik Untuk Kesihatan,Mencantikkan Serta Awet Muda"


Tomato kaya dengan bahan antioksidan semulajadi yang baik untuk kesihatan kita oleh itu memakan tomato adalah amat baik untuk kesihatan. Selain itu tomato mengandungi likopena, sejenis sebatian semulajadi yang dapat membantu dalam mencegah penyakit seperti kanser prostat, kanser paru-paru dan kanser perut serta penyakit jantung.Tomato sering digunakan dalam masakan untuk memberikan warna merah pada masakan dan rasa masam. Mari kita lihat cara-cara biasa hidangan tomato yang sering di lakukan untuk menikmati lantas memperoleh segala khasiat tomato.

Pes/Puri Tomato
Puri tomato banyak di gunakan dalam  masakan, Puri tomato memberikan warna merah serta mampu membangkitkan rasa dalam sesuatu masakan itu. Selain itu puri tomato juga digunakan untuk mengurangkan rasa pedas dalam masakan seperti masak merah ayam.
Sos Tomato
Selain Pes tomato, sos tomato juga digunakan dalam  masakan namun ia lebih kerap digunakan untuk mencecah makanan seperti keropok, nuget,  sosej, dan sebagainya.  Rasa sos tomato tidaklah semasam pes tomato dan juga warnanya kelihatan sedikit cair berbanding pes tomato. Namun Khasiat tomato tetap boleh diperoleh dari sos tomato ini.

Jus Tomato
Cara terbaik untuk menikmati khasiat tomato adalah dengan menikmati jus tomato. Jus tomato menjamin kesegaran tomato tersebut. Namun begitu jus tomato ini agak masam dan kurang di gemari, pengemar-pengemar jus tomato kebanyakanya adalah bagi mereka yang berdiet. Untuk menambahkan kesedapan jus tomato kamu bolehlah menambahkan sedikit gula atau pun madu untuk memberikan rasa manis.
Walau apapun cara menikmati tomato namun khasiat tomato itu yang paling penting. Tomato juga sering dikatakan di gunakan untuk kecantikan. Selain itu khasiat tomato juga dapat mengekalkan keremajaan kulit dan mencantikkan lagi kulit. Apa lagi marilah kita amalkan pemakanan makan tomato.
Dikuasakan oleh Blogger.