Header Ads

Terus Setia Selama 4 Tahun, Ini yang Dibalas Oleh Pasangan Terhadap Dirinya


Syahirah Nazri meminta untuk menyebarkan kisah ini. Buat mereka yang pernah melaluinya, moga Tuhan kurniakan orang yang lebih baik untuk anda.

Apa yang korang rasa dan apa yang korang buat?

Kawan dah 4 tahun, sejak umur 18 dari matrik lagi. Sayang tu takyah cerita lah kan. Sayang sangat. Selama berkawan dengan dia, dia pernah curang empat kali. Tapi setiap kali dia curang, kita maafkan. Sebab sayang punya pasal, tak apalah kita anggap itu macam sesuatu yang perlu kita perjuangkan untuk cinta kita.

Setiap kali selepas dia curang, dia minta maaf dan kita maafkan. Perkara tersebut terus berulang sehinggalah satu tahap ini, hari Ahad baru-baru ini yang paling teruk! Korang tahu tak?




Sebelum hari Ahad tersebut, kita baru berjumpa dan dia berulang kali mengatakan dia inginkan kita, dia sayangkan kita, dan inginkan kita menjadi isterinya. Tetapi kemudian, hari Ahad baru-baru ini, ada seorang perempuan add facebook kita.

Syukur alhamdulillah bukan nak takbur atau apa, naluri kita tidak pernah silap lagi. Selalu betul. Iyalah, naluri orang teraniaya sentiasa betul kan? Kita approve perempuan yang add itu. Terlintas di hati hendak stalk perempuan tersebut.

Ada satu gambar yang mana perempuan tersebut duduk di atas pelamin, dan lelaki yang bersama dengan kita selama 4 tahun meninggalkan komen, "aih sabaq sat", dan perempuan tersebut membalas, "ye sabaq lah ni".

Seorang lelaki yang merupakan kawan mereka berdua turut meninggalkan komen, "moga Allah permudahkan urusan kalian", dan lelaki yang kepunyaan kita selama 4 taun itu membalas, "hehe in shaa Allah". Semuanya kantoi di situ. Dia turut memberikan reaksi "hati" di gambar perempuan tersebut.


Kita dengan setabah-tabahnya sambil ketar tangan dan badan, terus PM perempuan tersebut untuk meminta nombor telefon untuk menyelesaikan perkara tersebut. Korang tahu tak? Dia dah block kita dan korang tahu tak lagi? Lelaki yang dah lama dengan kita itu pun dah block kita! Hahaha.

Paling menarik apabila perempuan tersebut pernah menegur kita pada 2014, cakap muka kita macam muka kawan dia. Haha. Kemudian, kita whatsapp lelaki itu cakap bla bla bla. Kita tahu dia belum baca ketika itu kerana dia dalam perjalanan ke Kuala Lumpur.


Selepas kita meluahkan segala-galanya yang kita rasa perlu diluahkan, kita block dia di whatsapp. Sebab apa? Sebab kita rasa kita tak perlu penjelasan dia.

Kita terus add facebook lelaki yang merupakan kawan mereka, yang meninggalkan komen "moga dipermudahkan" itu. Kita tanya dia, apa hubungan mereka berdua sebenarnya. Korang tahu tak apa? Hahahahahaha mereka dah TUNANG! Mereka telah bercinta selama 6 tahun! 2 tahun lebih awal sebelum kita! Hahahaha.



Tahu tak kenapa perempuan tersebut add kita? Sebab mereka nak jemput saya pergi majlis perkahwinan mereka! Hahaha bayangkan perasaan kita waktu itu. Perkara ini terbongkar pada pagi Ahad lepas. Pada hari Khamis dan Jumaat, dia ada bersama kita, tidak berhenti-henti berkata sayang lah, nak kahwin, dan semuanya.

Pada malam Khamis, ada seorang perempuan yang tidak diketahui, whatsapp lelaki itu dan berkata, "salam nisfu syaaban sayang". Patutlah tak beri kita periksa telefon dia sejak tahun ini.

Sebelum ini, telefon dia boleh diperiksa bila-bila masa. Tetapi, tahun ini tidak pernah. Bukan tahun ini, sebenarnya sejak dia sudah mempunyai pekerjaan tetap dan sudah menggunakan iPhone, dia langsung tak bagi tengok telefonnya. Katanya, apabila kita sudah menjadi tunangannya, periksa la apa pun. Hahaha. Itulah, kita pun tak nak syak apa-apa sebab dia cakap percayakan dia kalau benar-benar sayangkannya dan ya, kita benar-benar sayang dan percayakannya.


Bahagian paling sedih adalah dia berjanji ingin bertunang dengan kita, termasuklah bersama-sama memilih pelamin. Raya akan datang ini, katanya, ingin berjumpa dengan mama dan abah. Dan mungkin, tahun depan terus bertunang. Haha. Sedangkan dia sudah pun bertunang dengan perempuan tersebut, yang mereka telah bercinta selama 6 tahun itu.

Pelik kenapa kita tak perasan? Selama ini mana-mana perempuan yang whatsapp dia akan terbongkar dan kita okey. Sebab, bagi kita, 4 tahun boleh bersabar dengan dia, kenapa perkara begini tak boleh dihadapi? Sebab itu masih diberi peluang. Tetapi kali ini, korang rasa?


Kawan mereka pula kerap mengatakan kita sebagai perampas. Semua orang tidak tahu apa yang berlaku. Semua orang tidak tahu apa yang telah dia lakukan kepada kita. Kita menjadi lemah dan sakit hati di sini. Masakan tidak, pada malam Sabtu, dia asyik mengatakan dia sayang pada kita dan ada perlawanan Kedah lawan apa entah, lupa apa yang diberitahu, dia nak tengok sambil makan pulut mangga yang dibuat oleh ibunya, dan okey, pada keesokannya (Ahad) jam 5 pagi, dia ingin bertolak ke Kuala Lumpur. Kita balas "okay hati hati abang" sambil mengharapkan dia selamat tiba.


Pada jam 7 pagi, kita dapat friend request daripada "tunang" dia. Semuanya hancur. Semuanya! Mama menghubungi dia meminta penjelasan kenapa melakukan sebegini kepada kita. Katanya, itu pilihan ibunya. Pada mulanya memang inginkan kita tetapi ibunya telah memilih perempuan tersebut pada awalnya.

Kenapa? Macam mana mak you nak pilih I kalau you tak pernah cerita berkenaan I pada mak you selama 4 tahun kita bersama! Mak you tahu I sebagai junior, tak lebih dari itu. Jadi bagaimana mak you nak pilih I sedangkan mak you tak tahu you bercinta dengan I selama ini!


Pecah hancur semuanya. Kita tolak semua lelaki lain yang nak kita, walaupun hanya berkenalan pun tidak dilayan. Sebab apa? Pernah fikir tak? Sebab you janji tak sabar nak tunggu I habis belajar, terus nak ikat I. You, lagi berapa bulan sahaja saya nak habis study di sini. Kenapa dari matrik sehingga ke ijazah, selama ini, awal boleh tunggu tetapi kenapa lagi satu semester sahaja saya hampir selesai di penghujung dah, awak buat saya macam ini?

Apa salah saya pada awak?


Kenapa masukkan saya dalam cerita awak? Kenapa mesti saya, sedangkan saya tak pernah kacau sesiapa. Sumpah demi Allah, kalau saya tahu awak ada orang lain sebelum saya, saya tak terima awak! Bukan saya bodoh sangat nak terima lelaki yang sudah berpunya. Tetapi, awak beria-ia cakap awak single dan benar-benar inginkan saya ketika di matrik. Saya terima! Sebab saya nampak usaha awak ketika itu. Sehinggalah saya sambung ijazah pun, awak tetap berusaha untuk menangkan hati saya. Saya lihat awak benar-benar serius pada saya.

Awak tinggal di sana setahun, awak diberi kesenangan di sana, terus awak buat saya begini tanpa sedikit kasihan, kan? Sikit pun sayang awak pada saya, tiada kan? 4 tahun selama ini, awak anggap saya apa? Sedangkan awak ada dia selama ini? Baru-baru ini, Khamis dan Jumaat, awak bersama saya, semua itu, apa awak?


Baru-baru ini, sebelum semua ini terjadi, awak benar-benar tunjukkan kepada saya yang awak benar-benar cintakan saya, sepanjang masa di bibir kata awak sayang saya lah, awak rindu saya lah, sedangkan awak tunangan orang. Allah! Sakit sumpah sakit. Awak sendiri tahu, saya dah cakap apa-apa nak buat sakitkan hati saya, tunggu lepas sem 7 sebab saya tak nak pelajaran saya terganggu dengan perkara-perkara begini. Tetapi ini benar-benar paling teruk, saya sumpah awak! Perkara paling teruk yang pernah terjadi dalam hidup saya.


Ibu bapa saya kecewa dengan awak. Saya susah nak maafkan awak. Itu sahaja saya nak cakap, saya susah nak lupa apa awak lakukan dan nak maafkan awak, sangat susah. Sekarang tunang awak hubungi saya, minta putus sebab tengok gambar selfie kita? Kemudian, awak cari nombor telefon baru saya melalui kawan-kawan saya sebab nak maki saya atau apa, selepas tunang awak nak minta putus?

You nak salahkan saya ke? Bukan nak salahkan diri you selepas apa yang you buat pada saya? Mak you berterusan menghubungi you, marah you sebab buat pada tunang begitu. Dia orang yang mak you suka. Mesti lah kena marah apabila sakitkan hati menantu. Tetapi pada masa yang sama, you tak endah perasaan saya. Perasaan mama abah.


You fikir saya ini tiada ibu ayah atau apa, nak buat anak dara orang sehingga begini? You tak fikir perasaan ibu dan ayah saya apabila satu-satunya anak dara kena begini? Susah saya nak buka hati pada orang dan apabila saya buka hati pada awak buat kali pertama, saya serius dalam hubungan ini, tetapi ini yang saya dapat!

Kejam sangat awak. Sumpah kejam. Tapi Allah sangat sayangkan saya. Dia terus membongkarkan semuanya. Saya tak pernah korek permainan tersembunyi awak. Saya tak ada pun nak periksa satu persatu whatsapp awak dengan siapa, berhubung dengan siapa, keluar dengan siapa sebab saya letakkan kepercayaan saya pada Allah. Jika apa yang awak buat di belakang saya, saya serah pada Allah. Dan Allah tunjukkan semuanya itu pada saya.


Pada malam Khamis dan Ahad, dua orang Allah tunjukkan pada saya. Tetapi sumpah, saya kecewa, saya sedih, kerana sedikit pun tiada kata maaf dari awak, sedikit usaha untuk awak jelaskan pada saya, tiada. Awak tak bertanggungjawab atas hati ini.


Allah itu ada dan Allah sentiasa ada dengan orang teraniaya. Saya serahkan semuanya pada Allah. Saya angkat tangan kerana saya dah tak kuat nak "fight for my love" lagi. Bak kata kawan dan tunang awak pada saya, "Tak payah lah nak berjuang dengan dia lagi, sah sah dia menang sebab diorang dah nak kahwin". Tak mengapa awak. Awak boleh baca semua mesej saya dengan kawan awak berdua itu, saya tak melatah dan saya tak marah apa pun.

Sebab saya percaya, Allah yang hadirkan perasaan ini pada setiap insan maka Allah yang berhak untuk ambil semula perasaan ini. Kita cuma hambaNya, kita lalui sahaja apa yang ada dalam kehidupan ini. Demi Allah, susah nak terima.


Kalaulah mak awak tahu apa yang sebenarnya berlaku antara kita. Kalaulah mak awak tahu kita ini dah 4 tahun. Patutlah selalu cakap nanti awak kenalkan saya dengan mak awak. Nanti nanti nanti itu sampai bila? Sampai awak dah tunangan orang sekarang? Tak mengapa. Awak tahu siapa awak. Jaga diri. Seperti saya cakap, awak tak akan jumpa saya selepas ini. TAK AKAN.

Terima kasih sebab bagi kenangan manis dan pahit sekaligus dalam masa yang singkat. Terima kasih dengan semua janji awak. Terima kasih banyak-banyak. Viral kan korang, biar dia tahu tentang post ini memandangkan saya dah deactive facebook saya dan tidak tahu apa yang berlaku di sana. Jadi korang, apa kata korang?


Dikuasakan oleh Blogger.