Header Ads

Terlalu Gilakan Kecantikan Membuatkan Mereka Sanggup Melakukan Perkara Ini Terhadap Bibir Mereka


Kegilaan yang pelik terhadap kecantikan telah melanda Thailand sejak lima tahun yang lalu, dengan wanita menghabiskan beribu-ribu wang untuk menjadikan bentuk bibir atas mereka seperti tanduk kerbau. Dikenali sebagai "bibir krachap", prosedur kosmetik ini sangat dikenali di Thailand.

Dinamakan sempena buffalo nut (sejenis tumbuhan) - dikenali sebagai krachap di Thailand - kerana bentuknya, yang menyerupai bentuk kepala kerbau, prosedur kosmetik yang mencetuskan kontroversi ini telah menjadi satu ikutan dalam kalangan wanita muda sejak empat atau lima tahun yang lalu.



Tidak pasti bagaimana trend ini bermula, tetapi post di Dungdong, forum internet pembedahan plastik mendedahkan bahawa ramai yang telah membicarakan tentang bentuk atas bibir yang berbentuk seperti riben seawal tahun 2009, kerana keinginan untuk meniru rupa seorang pelakon wanita, Patcharapa "Aum" Chaichua. Tetapi ikutan ini menjadi semakin teruk sejak dua tahun yang lalu dan pakar bedah plastik terdesak untuk menghentikan keadaan ini.

Bibir krachap ini mudah dikenal pasti dengan bentuk di tengah bibir atas yang menonjol, yang dibuat dengan membuang tisu di bahagian kiri dan kanan bibir tersebut membuatkannya menjadi semakin nipis. Masalah timbul bukan pada bentuk bibir itu tetapi komplikasi yang akan timbul apabila terlalu obses.

Bibir nipis sangat terkenal di Thailand, tetapi kadangkala pembedahan itu sangat ekstrim sehinggakan bibir tidak akan bersentuhan apabila mulut ditutup, atau bibir tersebut terus lenyap apabila seseorang itu sedang senyum. Walaupun banyak laporan telah dikeluarkan tentang pembedahan plastik tersebut, namun ramai yang masih tidak berasa takut untuk berhadapan dengan pisau.



Seorang doktor pembedahan plastik, Chamnong Chirawichada mengatakan bahawa beliau terpaksa menolak beribu-ribu permintaan terhadap bibir krachap sejak lima tahun yang lalu, dan malah meningkat harga sebanyak dua kali ganda untuk mengelakkan wanita menjalani pembedahan tersebut. Tetapi, permintaan semakin meningkat, dan walaupun mereka tidak dapat menjalani prosedur di kliniknya, mereka akan mencari doktor lain.

Dr. Pusit Jittilaongwong akui bahawa pembedahan bibir krachap ini meningkatkan sebanyak 90 peratus bisnesnya walaupun beliau mempunyai harga yang paling mahal untuk prosedur tersebut di Thailand - 30,000 baht untuk setiap bibir, atau 55,000 baht untuk kedua-duanya. Sebanyak 70 peratus kliennya adalah wanita.

Kegilaan terhadap kecantikan sering terkenal di kawasan tertentu di dunia, tetapi jarang terkenal di negara tertentu. Namun, bibir krachap ini dikhabarkan hanya terkenal di Thailand.

Pembedahan kosmetik luar biasa yang terkenal di Thailand mungkin berkaitan dengan kepercayaan mistik masyarakat di sana. Beberapa pembedahan plastik telah mengesahkan bahawa ramai yang meminta prosedur ini percaya ianya akan membawa kemasyhuran dan kekayaan kepada mereka, dan pihak media telah disalahkan.

"Kenyataannya adalah orang Thai mudah terpengaruh dengan trend dan percaya pada perkara tahyl, manakala klinik pula bertambah kaya. Pandangan yang banyak di internet tentang bibir krachap adalah hipnosis, membuatkan ramai percaya bentuk bibir sebegini adalah cantik dan bentuk lain tidak cantik," ujarnya lagi.

Dungdong, forum internet pembedahan plastik penuh dengan kisah menyeramkan tentang bibir krachap ini. Ramai yang akhirnya mendapat senyuman yang senget, tisu yang membengkak, parut yang menyakitkan kesan daripada pembedahan, atau tidak dapat menutup mulut mereka dengan baik. Ramai dalam kalangan mereka terpaksa menjalani pembedahan semula untuk membetulkan kecacatan tersebut tetapi, pakar pembedahan plastik telah memberikan mereka amaran bahawa bibir yang telah dinipiskan terlalu banyak tidak akan dapat dibentuk semula dengan sempurna.





Dikuasakan oleh Blogger.