Header Ads

Tahu Tak Mengapa Warna Penutup Botol Air Ini Berbeza? Ini Sebabnya


Perasan tak di Malaysia terdapat banyak warna penutup botol air minuman di pasaran? Kadangkala, ada yang memilih botol air minuman dengan warna tertentu sahaja. Kenapa terdapat warna berbeza? 

Warna penutup botol air minuman yang berbeza turut berbeza dari segi harga. Kandungan dalam air tersebut juga berbeza. 

1. Biru: air mineral

Kebiasaannya, penutup botol berwarna biru adalah air mineral. Senang cerita, air mineral boleh dikenali sebagai air yang diperolehi dari bawah tanah, dipam naik, dan akan disuling. 

Air ini mengandungi beberapa sumber mineral dari dalam tanah dan proses penyulingan bertujuan membuang kuman dan bahan asing. 

Air mineral ini lebih mahal berbanding air minuman biasa kerana kualitinya yang bagus.

2. Putih: air minuman atau "drinking water"

Penutup botol air minuman berwarna putih pula dikenali sebagai air minuman. Harganya lebih murah berbanding air mineral. Air ini telah ditambah bahan kimia yang menyebabkan hilangnya keaslian air tersebut.

Rasanya juga berbeza, betul tak?

Dikuasakan oleh Blogger.