Header Ads

Syarikat Ini Mengeluarkan Susu Lembu Tanpa Menggunakan Susu Lembu Sebenar


Nampaknya, kita tidak lagi memerlukan lembu dalam penghasilan susu lembu, kita boleh menyediakannya dengan menggunakan yis, sama seperti arak. Sebenarnya, ianya tidaklah semudah itu, bahkan lagi sukar, tetapi itulah cara sebuah syarikat yang dinamakan Perfect Day menerangkan asas produk inovatif mereka yang baru - "susu sintetik" yang kelihatan dan rasa seperti susu lembu.

Perfect Day diasaskan oleh Ryan Pandya dan Perumal Gandh, dua orang saintis muda dengan latar belakang kejuruteraan bioperubatan. Tiga tahun lalu, seorang sedang berusaha dalam vaksin untuk generasi akan datang di Boston, dan seorang lagi dalam kejuruteraan tisu otot di New York.


Mereka tidak mengenali antara satu sama lain tetapi mereka mempunyai kenalan yang sama, yang tahu bahawa mereka berdua mempunyai idea gila dalam membuat susu tanpa lembu, dan mereka mula berhubung. Selepas itu, mereka mula berusaha dalam merealisasikan impian mereka.

Vegan (orang yang tidak makan haiwan) dan mereka yang mempunyai masalah lactose intolerance ada beberapa alternatif berasaskan tumbuhan, seperti susu soya dan susu badam, tetapi jika anda pernah mencubanya, rasa susu tersebut berbeza dengan susu lembu. Dan itulah apa yang Ryan dan Perumal cuba untuk mencipta - susu sintetik yang bukan daripada lembu tetapi mempunyai rasa yang sama termasuklah nutrien yang ada dalam susu asli. Bunyinya kelihatan mustahil, tetapi mereka berkata produk inovatif mereka bergantung pada teknologi yang ada di sekeliling mereka.

"Kami ingin melihat jika kami dapat menggunakan cara pemikiran yang sama - mengambil teknologi perubatan dan menggunakannya untuk menghasilkan makanan yang lebih baik dan lebih selamat," kata Pandya kepada VICE Munchies. "Cara kami lakukan adalah sama seperti cara protein dibuat untuk berjuta-juta perkara lain pada hari ini. Cara protein dibuat untuk ubat-ubatan, multivitamin, dan sabun pencuci pakaian - malah protein yang digunakan dalam membantu membersihkan kotoran dan barang - semuanya dibuat dengan cara yang sama."


Susu yang dihasilkan oleh Perfect Day dimulakan dengan yis, tetapi bukan sebarang jenis yis. Yis tersebut dinamakan 'Buttercup' kerana ianya bertindak seperti lembu. Mereka mengambil yis tersebut daripada Jabatan Pertanian Amerika Syarikat dan menukarkannya menjadi susu lembu menggunakan teknologi percetakan 3D.

Apa yang mereka lakukan ialah mereka mendapatkan blueprint DNA seekor lembu dan menggunakan pencetak 3D untuk membantu mereka. DNA tersebut kemudian dimasukkan ke tempat tertentu di yis untuk dijadikan lembu mereka. Yis tersebut akan menjalankan proses seperti biasa dan menghasilkan susu protein sebenar, yang digabungkan dengan lemak berasaskan tumbuhan dan nutrien untuk mencipta susu bebas laktosa.

Perfect Day berharap dapat melancarkan produk susu sintetik mereka yang pertama pada penghujung 2017.

Dikuasakan oleh Blogger.