Header Ads

Syarikat Ini Membayar Sebanyak RM63 Kepada Pekerjanya Yang Berjaya Turun Berat 0.5Kg


Diet untuk kuruskan berat badan ternyata memang memerlukan motivasi yang cukup besar. Kita semua tahu macam mana kita patutt ke gym untuk membuang segala lemak yang ada tetapi syarikat ini mempunyai cara untuk mendapatkan motivasi tersebut.

Menurut Sinchew, syarikat yang terletak dicina, ia telah memperkenalkan kepada pekerjanya dengan mencabar untuk menurunkan berat badan. Tujuannya adalah supaya mereka dapat bentuk badan yang ideal dan sihat.

Jadi persoalannya, untuk apa mereka patut buat perkara macam ni?

Sebenarnya mereka yang menyahut cabaran untuk turun kan berat badan sebanyak 0.5 kg, syarikat tersebut akan membayar sebanyak 100 yuan bersamaan RM63.00 untuk memotivasikan mereka. Wow! siapa taknak kan?



Staff yang bernama Zhou Wei yang sentiasa melihat kepada hadiah yang diberikan dan bersungguh sungguh nak dapatkan nya. Yang menariknya, hampir separuh dari staff di office itu mendapat ganjaran setiap bulan.

Malahan Zhou dan rakan sekerjanya sentiasa mengambil berat antara satu sama lain untuk menjadikan mereka sentiasa bermotivasi.

Dalam masa 2 bulan Zhou telah berjaya mengurangkan sebanyak 10kg dan menerima RM1,260.


Sehingga sekarang syarikat tersebut telah membayar sebanyak Rm6,000 kepada yang telah berjaya dan mereka ingin meneruskan perkara sebegini supaya ianya menjadi satu budaya yang sihat didalam syarikat itu.

Dikuasakan oleh Blogger.