Header Ads

Surat Ini Dikarang Sebelum Tarikh Pernikahan,Surat Ini Membuatkan Si Suami Terkedu Dan Menitiskan Airmata

Assalamualaikum....
Hai Bang Imam,apa khabar Bang Imam hari ni..??
Saya harap Bang Imam teramat bahgia serta sentiasa dirahmati Allah SWT.

Maafkan saya sekiranya warkah ini membuatkan Bang Imam sedikit kekok.Mungkin sebelum ni kita belum saling mengenali,izinkan saya kenalkan diri saya.Bang Imam,buat pengetahuan Bang Imam saya lah jodoh Bang Imam a.k.a makmum Bang Imam,ye Bang saya lah jodoh Bang Imam.bimbing lah saya,didiklah saya.

Buat pengetahuan Bang Imam,saya sentiasa setia menunggu kehadiran Bang Imam.
ini lah saat yang selalu saya doakan dan Bang Imam la yang saya maksudkan didalam doa saya..

Maafkan saya kerana membahasakan gelaran Bang Imam kepada awak.
Kerana ketika warkah ini di tulis,saya belum mengenali nama Bang Imam.
Saya berharap selepas warkah ini habis dibaca boleh la kite berkenalan dengan lebih rapat lagi.

Bang imam,maafkan saya sekiranya warkah ini terlalu panjang untuk di baca,warkah ini di coret khas
untuk Bang Imam baca selepas kita di ijabkabul,tak sabar saya nak tengok reaksi wajah Bang Imam.

Bang Imam,saya ingin tanya satu soalan.!adakah saya juga berada di dalam doa Bang Imam???
agaknya apa gelaran saya dalam doa Bang Imam??tak kisah lah apa gelarannya,yang pasti gelaran itu pasti yang terbaik.

Di saat warkah ini di coret saya masih memperbaikkan diri di hadapan-Nya.kerana saya percaya orang yang baik adalah untuk orang yang baik,dan saya pasti Bang Imam adalah orang yang baik,jadi saya mestilah memperbaiki diri,sifat,tutur bahasa dan agama.kerana saya tak sanggup mengecewakan Bang Imam,dan keluarga Bang Imam.

Doakan saya menjadi isteri yg solehah,saya pasti berusaha untuk kearah itu..
Abang!,semoga kita kekal bahagia hingga ke syurga.Saya rasa terlalu panjang coretan ini untuk Bang Imam baca,cukup lah untuk kali ini.Saya akhiri surat cinta ini samapai di sini,akhir kata bimbing la saya kejalan yg diredhai.
Abang sentiasa berada didalam bait doa saya..sekian
wassalam....





Dikuasakan oleh Blogger.