Header Ads

Shah Rukh Khan Ajar Brad Pitt Menari Bollywood Tapi Dia Seakan Malu


Aktor, Shah Rukh Khan telah mengajar Brad Pitt gerak tarian Bollywood secara spontan dalam satu sesi temu bual sebuah program di Mumbai, India pada 24 Mei yang lalu.

Sewaktu pertemuan dua aktor bertaraf dunia, Brad Pitt dan Shah Rukh Khan untuk memperomosikan filem baru Hollywood , War Machine itu  mencuri perhatian umum.




Selain berbual tentang filem yang dibintangi Brad Pitt, Shah Rukh Khan sempat mengajar bekas suami Angelina Jolie itu gerak tarian Bollywood.

Dalam satu sesi temubual bersama kedua-dua bintang filem ini, Shah Rukh Khan sempat mengajar bintang Hollywood itu menari gerak tarian Bollywood, namun Brad Pitt seakan-akan malu dan hanya menggerakkan badannya sahaja.


Dipetik daripada laporan NDTV, Brad Pitt mengakui bahawa beliau tidak tahu menari dan menyanyi. Malah, dalam filem Tree of Life lakonan beliau, ketika scene bermain piano, beliau mengakui menggunakan bantuan teknologi agar dia kelihatan seperti mahir bermain piano.

Sumber: Youtube
Dikuasakan oleh Blogger.