Header Ads

Resepi Mudah Nasi Ayam Penyet


Tiada idea nak masak apa untuk makan malam bersama keluarga? Jom kita cuba resepi mudah nasi ayam penyet ini daripada Sheena's Cooking Passion. Nampak je susah, tetapi tak susah pun sebenarnya. Selamat memasak!

Penyediaan stok ayam

Bahan-bahan :
3 cawan air
3 ketul ayam bahagian peha
1 kiub pati ayam

Cara-cara:
1- Masukkan 3 cawan air ke dalam periuk dan masukkan ayam.


2- Masukkan satu kiub pati ayam.


3- Biarkan sehingga mendidih dan ayam masak sepenuhnya.


4- Toskan ayam dan simpan air rebusan untuk nasi dan sup.


Pes untuk perap ayam
2 sudu besar gabungan rempah yang telah dikisar (jintan hitam, jintan putih, lada hitam, dan ketumbar)
1 biji telur
1 sudu besar serbuk kari ayam
1 sudu besar pes halia dan bawang putih
1 sudu besar serbuk kunyit
Garam


Gaul sehingga  sebati.


Perap ayam selama sekurang-kurangnya 3 jam. Semalaman lebih baik.

Gunakan pes yang sama untuk perap beberapa keping tempe dan dua tauhu.

Penyediaan nasi

Bahan-bahan :
1 cawan beras
1.5 cawan stok ayam
Daun pandan
3 ulas bawang putih
3 keping hirisan halia
Garam
1/2 sudu besar mentega

Cara menyediakan nasi :
1- Rendam satu cawan beras (penulis menggunakan basmathi) selama 30 minit, basuh dan toskan air.



2- Masukkan beras ke dalam periuk nasi dan tambahkan 1.5 cawan stok ayam (air rebusan ayam sebentar tadi).


3- Masukkan daun pandan.


4- Masukkan juga 3 ulas bawang putih dan 3 keping halia yang telah dihiris.


5- Tambahkan garam untuk rasa.



6- Tambahkan 1/2 sudu besar mentega. Tutup periuk nasi dan biarkan nasi masak.



Nasi sudah masak.



Hiaskan dengan sedikit daun ketumbar dan selesai.



Penyediaan sambal

Bahan-bahan :
15 biji cili merah
10 biji cili padi
10 biji bawang kecil
4 ulas bawang putih
3 biji tomato
Segenggam ikan bilis
4 cm belacan (dibakar)
1 hirisan lemon atau limau
Minyak masak
Garam
Gula


Cara-cara :
1- Goreng ikan bilis dan letak ke tepi.


2- Tumiskan semua bahan dalam minyak sehingga semuanya berubah warna dan tomato menjadi lembut.


3- Tambahkan garam untuk rasa.


4- Tambahkan secubit gula.


5- Tutup api dan biarkan sejuk seketika.



6- Sedia untuk menggiling. Anda juga boleh menggunakan pengisar.


7- Gilingkan cili.


8- Letakkan ikan bilis di waktu akhir.


9- Perahkan satu hirisan lemon atau limau. Kacau sebati.


Sambal sudah siap.


Penyediaan sup

Bahan-bahan :
Baki stok ayam
Lada hitam
Garam
Daun ketumbar

Cara-cara:
1- Panaskan baki stok ayam dan tambahkan sedikit lada hitam.


2- Tambahkan garam untuk rasa.


3- Tambahkan daun ketumbar.



4- Didihkan sebentar dan tutup api.



Kemudian, goreng tempe dan tauhu yang telah diperap sebentar tadi. Goreng juga ayam yang telah diperap.





Selesai. Hidangkan semuanya dan boleh tambahkan timun. Selamat menjamu selera!


Dikuasakan oleh Blogger.