Header Ads

Pasangan Ini Berjaya Menukarkan Tanah Terbiar Menjadi Syurga Biodiversiti Selepas 25 Tahun


Pada tahun 1991, Anil dan Pamela Malhotra telah membeli sebidang tanah pertanian yang tidak digunakan seluas 55 ekar di Karnataka, India, dan mula menanam pokok di atas tanah tersebut. Sepanjang 25 tahun, hutan kecil mereka telah bertukar menjadi tempat perlindungan seluas 300 ekar untuk hidupan liar seperti haiwan dan tumbuhan yang terancam yang dianggap sebagai rumah mereka.

Anil dan Pamela bertemu dan berkahwin di New Jersey, AS ketika 1980an. Mereka berkongsi kasih pada hidupan liar dan selepas menziarahi Hawaii pada percutian bulan madu mereka, mereka berasa jatuh cinta dengan keindahan dan kecantikan flora dan fauna di sana. Lalu, mereka membeli tanah dan menetap di sana. "Di sana kami belajar nilai hutan dan sedar bahawa walaupun diancam kepanasan global tiada usaha serius dibuat untuk menyelamatkan hutan untuk masa hadapan," kata Anil.


Pada tahun 1986, pasangan ini telah pergi ke India untuk pengebumian ayah Anil, dan tahap pencemaran dan penebangan hutan menakutkan mereka. Tiada sesiapa yang kelihatan peduli tentang sungai yang tercemar dan hutan yang hilang, maka mereka mengambil keputusan semuanya bergantung kepada mereka untuk melakukan apa yang mereka mampu dalam menyelamatkan hidupan liar negara itu. Mereka telah menjual harta mereka di Hawaii, berpindah ke India, dan mula mencari tanah yang ada.

Selepas gagal menemukan tanah untuk dijual di utara India, mereka telah mencari di bahagian selatan, ke daerah Kodagu di Karnataka, yang mana seorang petani sanggup menjual beberapa tanah pertanian yang terbiar. Pemilik tanah tersebut ingin menjual kerana dia tidak dapat menanam kopi atau tanaman lain di situ.

Hujan lebat di Kodagu menjadikan tanah tersebut sesuai sebagai tanah pertanian, tetapi ianya sempurna untuk hutan hujan yang diidamkan pasangan Malhotra itu. Petani tersebut berasa gembira untuk berpisah dengan tanah tersebut dengan harga yang berpatutan, dan sejurus selepas menandatangani perjanjian, pasangan tersebut mula melakukan penghutanan semula. Apa yang mereka lakukan hanyalah menanam beberapa pokok asli dan membiarkan alam semulajadi melakukan kerjanya. Rumput mula tumbuh semula, kemudian pokok-pokok mula bertambah, hutan hujan tersebut mula membentuk, yang mana haiwan liar dan burung mula berpindah ke situ.


Apabila mereka menyedari tiada gunanya menjaga hutan mereka di satu bahagian sungai jika petani-petani di seberang sungai masih menggunakan racun perosak dalam jumlah yang banyak. Maka, mereka mula membeli tanah mereka apabila mereka mula menjualnya. Ramai petani yang gembira menjual tanah mereka kerana hasil tanaman yang sedikit. Oleh kerana hidupan liar semakin bertambah, kini hutan hujan tersebut mencecah keluasan 300 ekar.

"Ramai yang menyangka kami gila," Pamela Malhotra memaklumkan Great Big Story. "Tetapi tidak mengapa, ramai orang yang menyangka orang yang membuat perkara yang hebat adalah gila."

Dan "hebat" adalah perkataan paling sempurna untuk menggambarkan apa yang telah dicapai oleh Anil dan Pamela sejak dua setengah dekad yang lalu. Kini, Save Animals Initiative (SAI) Sanctuary adalah rumah untuk beratus-ratus pelbagai pokok dan tumbuhan yang asli, lebih 300 spesies burung, dan berdozen spesies haiwan yang aneh dan terancam, termasuklah gajah Asia, Harimau Bengal Diraja, memerang sungai, musang, tupai, pelbagai jenis rusa, monyet, dan ular.

Tempat perlindungan SAI telah dijadikan rujukan sebagai "Bahtera Nuh" oleh saintis Universiti Oxford, salah seorang daripada ramai orang yang telah datang ke sini untuk belajar tumbuhan dan haiwan terancam yang tidak dijumpai di tempat lain di planet ini.


Usaha pasangan ini sejak 25 tahun lalu adalah mudah, tetapi di sebalik itu muncul tugas yang sukar dalam menjaga manusia daripada mengganggu kerja hutan. Ramai masyarakat tempatan yang tidak memahami apa yang "pasangan dari AS" ini lakukan, dan mula memburu dalam hutan tersebut. Meyakinkan mereka untuk menghentikan kegiatan tersebut adalah sukar, dan Pamela pernah berlawan dengan pemburu haram menggunakan kayu, pada satu ketika.

"Seorang sami di sebuah kuil yang terletak berhampiran bukit telah dibunuh oleh seekor harimau dan masyarakat kampung berada dalam ketakutan. Kami telah membantu mereka dalam membina semula kuil tersebut di kawasan yang lebih selamat, tetapi dengan syarat mereka perlu menghentikan pemburuan," ujar Pamela yang berusia 64 tahun kepada Times of India. "Apabila mereka bertanya kepada kami mengapa, kami bertanya kepada mereka mengapa mereka menyembah Hanuman dan Ganesha tetapi membunuh haiwan. Ianya berjaya."


Harapan mereka untuk 10 tahun akan datang ialah hutan tersebut akan terus dilindungi dan berkembang. Mereka turut berasa gembira apabila berjalan dalam tempat perlindungan tersebut.

Kini, Anil dan Pamela sedang mencuba untuk meyakinkan syarikat-syarikat besar dalam membeli tanah dan membiarkan hutan tersebut membesar secara semulajadi, sebagai sebahagian daripada rancangan tanggungjawab korporat mereka.



Dikuasakan oleh Blogger.