Header Ads

Pakar bedah Thailand berjaya mengeluarkan USD937 duit syiling "BERTUAH' dari perut seekor penyu bernama Omsin.


"Lucky money", "good luck coin" merupakan kepercayaan sesetengah masyarakat di dunia yang mempercayai bahawa dengan melontar duit syiling ke dalam kolam tertentu ia akan memberi tuah kepada orang yang membalingnya.

Berbeza sedikit di Thailand, dimana mereka membaling duit syiling di dalam kolam yang didiami oleh penyu!!
Mereka mempercayai aktiviti ini akan memberi tuah, menolak perkara malang serta mampu memanjangkan umur penyu di dalam kolam tersebut.

Namun kepercayaan ini telah menyebabkan seekor  penyu yang malang telah menelan duit-duit syiling yang dibaling kepadanya.

Terdapat 25 ekor penyu telah dikumpulkan dan ditempatkan di sebuah kolam di  Sri Rancha, Thailand yang juga dijadikan tempat balingan syiling bertuah oleh orang ramai.

Penyu-penyu ini dikumpulkan setempat untuk memelihara kehidupan mereka kerana aktiviti pembangunan sedang giat dilakukan di kawasan itu.

Baru-baru ini, kesemua penyu itu telah dibawa ke Pusat Konservasi Penyu Laut oleh Tentera Diraja Thailand.
Bagaimanapun, semasa proses pengalihan dijalankan, mereka telah mendapati seekor daipada penyu-penyu itu kelihatan sakit.

Penyu yang malang itu dijangkakan berumur 25 tahun, dan telah dipanggil Omsin yang bermaksud "piggy bank".

Omsin telah diperiksa dan perutnya didapati kelihatan bengkak, dan kerang sisi badannya telah pecah.
CT scan telah dijalankan, dan veterinar sangat terkejut apabila mendapati perut penyu ini dipenuhi duit syiling yang dianggarkan seberat 5 kilogram.

Ia terpaksa dibedah untuk mengelakkan kematian kerana kegagalan sistem penghadaman.

Lima pakar bedah veterinar dari universiti Bangkok telah meluangkan lebih 7 jam untuk membuang lebih 915 keping duit syiling bernilai USD 937 dari perut Omsin.

Pembedahan berjaya dan Omsin dijangka akan pulih sepenuhnya dalam dua bulan.

Namun malangnya, akhirnya Omsin telah disahkan mati dalam penjagaan pusat tersebut kerana keracunan dalam darah.

Dikuasakan oleh Blogger.