Header Ads

Mari Uji Mata Anda, Berapa Banyak Titik Yang Anda Lihat Pada Gambar Ini


Ini adalah optik ilusi yang berpolarasi. Ada sesetengah induvidu dapat melihatnya dengan baik, namun ada sesetengahnya tidak.

Kadang kala otak anda tidak membenarkan anda untuk melihat semua titik sekali gus hingga menyebabkan sukar untuk melihat berapa titik yang ada.

Mari kita cuba ujian optik ini, berapa titik yang anda lihat pada gambar ini?

Untuk pengetahuan anda, semua sekali ada 12 titik. Kebanyakkan orang tidak akan melihat semuanya sekali gus dan Jacques Nino ahli sains dari Perancis memberitahu kita kenapa sebabnya.

"Apabila cakera putih dalam grid nampak terang dan dikurangkan dalam bentuk saiz, dan garisan yang hitam. Ia akan menyebabkan gambaran menjadi kurang jelas atau hilang. Kadang hanya dapat melihat satu titik pada satu satu masa dan kelihatan seperti titik itu berkelip. Garisan kelabu seolah-olah menjadi hanya satu garisan biasa dan orang tidak ternampak tompok hitam dibahagian tengok garisan.

Jadi, pada asasnya ia melibatkan dengan penglihatan periferal. Apabila anda melihat satu dot, dot yang lain akan menjadi kabur. Ini kerana otak kita harus meneka atau mentafsirkan apa yang ada. Corak garisan adalah sebahagian besarnya berwarna kelabu jadi otak kita cuma meneka apa bentuk coraknya sahaja tanpa melihat kepada titik yang ada ditengahnya itu.

 Berapa titik yang anda lihat semasa pertama kali melihat imej ini? Jujurlah !
Dikuasakan oleh Blogger.