Header Ads

Malas Mandi Pagi? Ini 6 Kebaikan Mandi Sebelum Subuh, Rugi Kalau Tak Buat !


Mungkin ramai di kalangan kita yang susah sangat nak bangun awal pagi.  Sememangnya kalau dah jadi kebiasaan, agak sukar untuk kita berubah. Nak berubah ke arah yang lebih baik tu memerlukan banyak pengobanan dan memerlukan paksaan. Jadi macam mana nak dapat rasa kelebihan mandi awal subuh? Ya, anda patut biasakan diri tidur awal setiap malam.

Untuk wanita, ini jalan mudah untuk anda mulakan pekerjaan harian dan menguruskan hal rumah waktu pagi. Jadi sila rebut peluang untuk tidur awal dan anda akan dapat 6 nikmat ini, jom semak!

1. Boleh Hilangkan Mata 'Panda'

Pada waktu pagi selalunya anda akan memasang “water heater” untuk mendapatkan air yang hangat dan menghilangkan kesejukan.

 Selepas ini, jika anda memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. Begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. Kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.

2. Tak Cepat Letih

Kalau peredaran darah anda lancar maka tubuh badan anda akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. Malah anda juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.

3. Meningkatkan kesuburan

Kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila anda mandi pada waktu pagi. Ini dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.

4. Kurangkan risiko darah tinggi

Untuk anda yang memiliki penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk anda mengurangkan penyakit anda. Insya ALLAH, dengan izin ALLAH, jika diamalkan selalu, penyakit anda akan pulih.

5. Kurangkan tekanan serta tenang

Air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. Buat anda yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik untuk anda menghilangkannya. Jadi ubahlah tabiat kepada mandi pagi sebelum subuh.

6. Tak Cepat Dapat Penyakit

Mandi dengan air sejuk, ini akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. Apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus. Oleh itu, anda tidak mudah untuk dijangkiti dengan sebarang penyakit.
Dikuasakan oleh Blogger.