Header Ads

Lelaki Tua Ini Membeli Motosikal Harley Davidson Secara Tunai Selepas Tidak Diendahkan Oleh Kebanyakan Jurujual.


Seorang lelaki bernama Lung Decha berasal dari Thailand ingin membeli motosikal dan membuat tinjaun harga di beberapa buah kedai di Thailand.

Dengan berpakaian lusuh,seperti hanya berselipar jepun,baju yang besar,seluar koyak,nyata die berpakaian seperti seorang tua yang miskin.

Sepertimana yang dijangkakan,kebanyakan kedai  yang dikunjungi,beliau tidak dihiraukan oleh jurujual,kebanyakkan jurujual memilih untuk melayan pelanggan yang kaya dam bergaya.
Sungguh menyedihkan,Decha dilayan sama di setiap kedai yang beliau kunjungi sehinggalah beliau pergi ke sebuah kedai motosikal berkuasa tinggi.

Jurujual kedai melayan Decha sama seperti melayan pelanggan yang lain,jurujual kedai telah mencadangkan beberapa jenis motosikal yang mungkin bersesuaian dengan Decha,lalu Decha tunjuk kepada sebuah motosikal dan berkata "saya nak yang tu".
Tindakan Decha itu mengejutkan jurujual.

Beliau memilih sebuah motosikal Harley Davidson dan mengeluarkan 600k Baht dari poketnya untuk membayar secara tunai.

Cerita ini telah dikirimkan oleh adik perempuan Lung Decha Melalui media sosialnya.
Menurutnya Decha memang lama mengimpikan motosikal tersebut,dan beliau menabung dengan bekerja keras sebagai seorang mekanik di sebuah bengkel,setelah cukup wang yang dikumpul Decha pun bersara dari kerjanya.

Akhirnya Decha berjaya memiliki motosikal impiannya.

Cerita ini telah memberi inspirasi kepada anak muda,dan juga paling penting dapat memberi pengajaran kepada ramai jurujual di luar sana.


Dikuasakan oleh Blogger.