Header Ads

Dari Jauh Nampak Macam Vending Machine, Tapi Sebenarnya Ia Adalah Bilik Pameran Kereta Mewah



Di Malaysia kita mungkin sudah biasa beli air tin atau mesin air ‘gedegang’ , tapi mungkin ini pertama kali kita mendengar dan melihat sendiri mesin serupa yang menjual kereta mewah.

Tetapi di Singapura, mereka tidak puas setakat air tin dan kerepek; mereka sekarang sudah mula membeli kereta mewah melalui mesin runcit.

Kereta-kereta yang dijual bukan sebarangan juga kerana mesin runcit itu menjual jenama seperti Bentley, Ferrari dan Lamborghini.


Mesin runcit kereta ini ialah hasil benih fikiran penjual kereta terpakai Autobahn Motors yang telah mengubahsuai bangunan 15 tingkat untuk memuatkan 60 ruang kenderaan, kini dikenali sebagai “mesin runcit termewah di dunia”.

Pelanggan yang berhajat mahu membeli akan menggunakan skrin papan sentuh yang memamparkan model kereta yang mereka minat. Hanya dua minit diperlukan untuk mengambil kereta yang dipilih.


Cara penjualan melalui mesin runcit ini ialah untuk mengatasi masalah kekurangan plot tanah untuk menjual kereta di Singapura, kata pengurus besar Autobahn Motors, Gary Hong.

“Kami terpaksa menjadi kreatif dan inovatif,” jelas Gary.


Mungkin ada yang berminat, bolehlah ke bilik ‘vending machine’ ini yang terletak di 20, Jalan Kilang Singapura 159418.






Dikuasakan oleh Blogger.