Header Ads

Kepentingan membuang masa dari segi psikologi


Setiap hari, pasti akan ada senarai kerja yang perlu diselesaikan dan untuk menjadi seorang yang produktif, anda perlu menyelesaikan kerja-kerja tersebut dengan segera dan timbul perasaan bersalah apabila ada masa yang terbuang begitu sahaja. Tetapi hakikatnya adalah, masa yang "terbuang" itu adalah penting.

Tak percaya? Ambil kisah ini sebagai contoh. Seorang penulis buku telah ditugaskan menulis sebuah buku. Dua tahun kemudian, dia membiarkan projek tersebut dan menulis di blog tentang bagaimana dia menggunakan masa yang lama dalam menumpukan cara menggunakan masa dengan baik, sehinggakan dia terlepas saat-saat indah yang berharga dengan anak perempuannya.

Masalah timbul apabila kita menggunakan masa terlalu lama dalam mengejar produktiviti, dan kita enggan berehat sebentar. Walaupun kita tidur atau bersiar-siar, kita sentiasa ingat perkara yang seharusnya dilakukan.

Kita kehilangan kebaikan masa pada mental dan fizikal yang sepatutnya digunakan pada diri kita. Ramai yang makan di meja komputer, ianya menjijikkan. Mereka sepatutnya keluar berjalan ke restoran, dan tinggalkan kerja itu sebentar.

Anda perlu meluangkan masa untuk diri anda sendiri, termasuklah tidak melakukan apa-apa dan itu tidak dikira membuang masa. Malah, masa itu digunakan sebaiknya.

Dikuasakan oleh Blogger.