Header Ads

Kenali Seorang Wanita Melalui 10 Ayat Tersirat Ini Yang Perlu Anda Tahu !

Orang perempuan ni bila dah sayang, setiap percakapannya dia akan jaga. Lagi-lagi dengan orang yang dia sayang terutamanya si jantung hati lah. Tapi malangnya, bila perempuan bagi ayat macam ni, si lelaki susah nak faham sebabnya ada lelaki ni nak perempuan tu cakap direct. Tapi guys, korang kena faham ! memang dah sifat perempuan ni lemah lembut nak buat macam mana. Kalau dapat yang cakap lepas tu nanti katanya "awak tak pandai jaga hati saya lah, awak ni kasar lah". Tapi takpa, setiap orang ada caranya masing-masing. Bersyukur sajalah :)

 Jom kita fahami ayat-ayat tersirat seorang perempuan

1- Kalau perempuan tanya: Lawa ke budak pompuan tu?
Makna tersembunyi: Siapa yang paling lawa? I ke, budak pompuan tu?

2- Kalau perempuan tanya: You dah makan ke belum?
Makna tersembunyi: Jom pi makan. Lapar ni!

3- Kalau perempuan kata: Lawa-lawa la baju kat sini, yek.
Makna tersembunyi: Belikanlah untuk I.

4- Kalau perempuan kata: Rasa macam nak pening la.
Makna tersembunyi: Tolong picit kepala.

5- Kalau perempuan kata: Letihnya hari ni. Mana nak masak, basuh kain-baju lagi...
Makna tersembunyi: Kita makan kat luar jelah. Lepas tu, tolong basuh kain-baju sekali, yek.

6- Kalau perempuan kata: Kita lebih sesuai berkawan saja.
Makna tersembunyi: I tak nak kat you. Tak paham-paham ke?

7- Kalau perempuan kata: I suka berkawan dengan you. You baik, memahami bla bla bla...
Makna tersembunyi: Hish... I rasa macam minat sesangat kat you la... Rasa macam nak jadi awek you je.

8- Kalau perempuan tanya: You pernah tak teringatkan awek you yang dulu?
Makna tersembunyi: Kalau nak gaduh, kalau berani sangat, sebut la nama dia depan aku.

9- Kalau perempuan kata: I sanggup berkorban demi kebahagiaan you.
Makna tersembunyi: Amboi! Aku kena berkorban.Habih, hangpa dua ekoq gak yang seronok.

10- Kalau perempuan kata: I tak kisah kalau memang betul you nak kahwin lagi satu. Asalkan you berterus-terang dengan I, bersikap jujur dan berlaku adil.
Makna tersembunyi: Sapa kata aku tak kisah? Adil ke tak adil, aku tak kira! Langkah mayat aku dulu sebelum nak menikah lagi satu.
Dikuasakan oleh Blogger.