Header Ads

Kenali 4 Jenis Personaliti Diri Ini Untuk Membantu Anda Mengenali Orang Lain


Manusia di sekeliling kita mempunyai pelbagai jenis personaliti yang berbeza dan disebabkan itu dunia ini penuh dengan cabaran dan dugaan untuk diri masing-masing untuk adapt dengan orang-orang disekeliling kita.

Tapi yang menariknya tentang berbeza personaliti ini, ia membuatkan kita saling memerlukan antara satu sama lain kerana kekurangan pada diri kita itu membuatkan kita memerlukan orang lain untuk membantu dalam segala aspek.

Jadi untuk pengetahuan korang, personaliti yang berbeza ini korang akan nampak selepas korang membaca artikel ini dan ianya sangat membantu untuk memahami seseorang dengan lebih baik, terutamanya orang yang terdekat seperti kekasih, ibu bapa dan rakan rakan.

Kami di Nakbebel menjelaskan tentang informasi ini agak korang lebih faham tentang personaliti seseorang. Semoga bermanfaat :)

Terdapat 4 jenis personaliti diri;

- Sanguine
- Phlegmatic
- Melancholy
- Choleric

1) SANGUINE

Personaliti Diri Anda : Sanguine

Extrovert

Macam yang kita tahu, orang yang extrovert ni memang jenis yang banyak cakap, senang dibuat kawan, sentiasa "happy-go-lucky", suka buat lawak dan sangat expressive. Kalau kita perhati kawan-kawan kita time dalam kelas tu sorang-sorang, dapat sangat kenal siapa yang sanguine ni sebab orang yang sanguine ni dia sukakan publisiti.

Selain sukakan publisiti, mereka yang sanguine ni juga seorang yang popular (yelah jenis yang kepoh kan siapa yang tak kenal kahkah). Kalau korang bersembang dengan orang yang sanguine ni memang takda masalah sebab diorang ni memang sejenis "talker" tak payah peningkan diri nak fikir topik apa nak sembang.

Sifatnya: Spontaneous

Mereka lebih gemar sesuatu yang spontan. Maksudnya kalau nak pergi mana-mana tu, tak payah ada plan yang detail semua. Since orang yang berpersonaliti sanguine ni bukan seorang yang analytical, so dia tak suka nak peningkan kepala untuk buat proper plan.

Mereka ni juga bukan jenis yang suka terikat dengan undang-undang. Contohnya, kalau cikgu suruh dia selang 5 baris, dia tak kisah sangat pun nak selang atau tidak asalkan kerja yang cikgu tu bagi siap. Mereka yang sanguine ni juga memang jenis yang suka cuba benda yang baru atau erti kata lain "adventurous". Sebab itu diorang akan kata "YES" untuk any random plans yang dia tak pernah cuba.

Sanguine ni kalau dia jadi leader, korang akan rasa enjoy bekerja dengan dia. Sebab dia ni bukan jenis yang detail yang kena ikut semua procedure. As long as korang tahu jalankan tanggungjawab, kira dah okay lah tu haha. Tapi kadang-kadang tak bagus juga sebab sanguine ni seorang yang pelupa dan kelam kabut. Nanti cara dia bagi korang kerja pun tak teratur so ada positive dan negative dia kat situ.

2) PHLEGMATIC 


Personaliti Diri Anda : Phlegmatic

Introvert

Berlainan dengan Sanguine, Phlegmatic ni pula merupakan seorang yang introvert. Mereka yang phlegmatic ni biasanya susah nak approach orang dulu. Dia akan tunggu orang lain untuk approach dia then baru dia sembang dengan orang. Phlegmatic ni yang bestnya dia jenis yang sangat humble and down-to-earth. Dah la pendiam, humble pula tu.

 Kiranya, kalau korang kawan dengan orang yang jenis phlegmatic ni, korang kira beruntunglah sebab diorang jenis yang boleh diharap. Walaupun phlegmatic ni introvert, tapi dia masih mudah didekati and orang jenis ni dia relax sahaja. Mereka ni juga bukan jenis yang suka menyakiti hati orang lain, senang cerita bila dia bercakap tu dia akan consider dahulu perasaan orang lain.

Sifatnya: Suka pendam perasaan

Mereka yang phlegmatic ni lebih suka memendam perasaan kepada diri mereka sendiri. Berlainan dengan Sanguine, kalau sanguine dia sentiasa perlukan orang untuk bercerita masalah dia. Orang yang phlegmatic ni memang dia simpan perasaan dia. Bahaya sebenarnya jenis macamni sebab walaupun dia nampak relaks, tapi kita tak tahu dalam diri dia macam mana. Susah kita nak predict orang yang jenis phlegmatic berbanding dengan Sanguine.

Kalau Sanguine lebih predictable sebab dia jenis extrovert tetapi tidak boleh apply untuk phlegmatic. Orang yang jenis Phlegmatic ni memang jenis yang bijak, dan tak suka konflik. Mereka lebih suka hidup dalam ketenangan sebab itu kalau boleh diorang ni cuba hindar dari sebarang konflik. Kalau nak cari pasangan, bolehlah ambil dari golongan ni haha.

3) CHOLERIC


Personaliti Diri Anda : Choleric

Born to be a leader

Orang yang personaliti dia choleric ni memang dilahirkan untuk menjadi seorang pemimpin.  Orang jenis choleric ni memang bossy. Suka mengarah orang buat itu-ini dan tak consider perasaan orang lain. Sebab mereka ni seorang yang tegas, jadi bila beri arahan tu memang direct dan takda berkias-kias. Choleric ni juga seorang yang well-organized. Kalau dia memimpin sesuatu organisasi tu dia dah siap-siap bahagi tugas dekat orang bawah dia and mereka juga jenis yang cepat bertindak.

Sifatnya: Sebagai seorang kawan

Choleric ni jenis tak jaga perasaan orang. Kalau dia rasa dia betul, dia akan direct terus cakap kat kau. Takda nak selindung bagai. Choleric juga seorang yang short-tempered, jenis yang mudah marah. Kalau nak buat aktiviti dengan kawan ke apa, haaa time ni memang choleric ni diperlukan sebab dia pandai bahagi kerja.

Kalau sanguine and phlegmatic  memang jadi juga aktiviti tu tapi tak secemerlang choleric la sebab orang choleric ni dia dah ada gambaran and goals dia sendiri bila buat sesuatu tu. Sebab itu jugalah mereka yang choleric ni sangat cemerlang apabila kecemasan. Dia dah tahu nak buat apa bila kecemasan and dah sediakan plan lain pun. Kalau korang seorang yang sanguine memang gelabah la bila emergency haha.

4) MELANCHOLY

Kenali Personaliti Diri Anda : Melancholy

Analitikal

Orang yang berpersonaliti melancholy ni memang seorang yang analitikal. Maksudnya sebelum buat sesuatu benda tu dia akan analyze dulu apa consequences dia semua. Mereka ni jenis yang banyak berfikir kebiasaannya. Mereka ni akan pastikan yang mereka buat perkara yang betul. Tak macam sanguine yang sentiasa cuai dalam urusan mereka.

Mereka yang melancholy ni memang seorang yang bagus dengan nombor. Sebab diorang ni memang jenis yang teratur dan analitikal, tak dinafikan la mereka boleh jadi seorang yang perfectionist. Setiap sesuatu benda yang nak dibuat tu mesti perfect dan mengikut perancangan asal.

Tapi orang yang melancholy ni dia sangat rigid dan korang kena ikut juga step yang dah dibuat dari awal tu. Basically, orang Melancholy ni memang seorang yang sangat berdisplin.

Sifatnya: Introvert

Orang yang jenis melancholy ni paling senang korang nak detect. Satu, sebab diorang memang tak suka bersosial. Mereka ni lebih gemar untuk bersendirian dan akan tunggu orang yang approach dia. Sebab macam yang faham tadi, diorang ni memang rajin berfikir. Duduk sorang-sorang pun boleh berfikir macam-macam.

 Personaliti dia bukan macam Sanguine yang "gila-gila" di public, tapi orang melancholy ni lebih "reserved" dan dia tak suka attention dari orang ramai. Dia banyak diam tetapi at the same time banyak berfikir. Melancholy ni bagus juga sebab dia creative and cara dia atasi masalah pun berbeza.

Kerjaya yang sesuai untuk orang melancholy ni ialah accountant, ataupun dalam bidang administration. Sebab kalau diorang yang menjadi admin, mesti semua kerja-kerja lebih teratur dan ada pendokumentasian yang baik.

Okay setakat ini itu informasi yang diberikan untuk korang. Let say korang taktahu korang yang mana satu kalangan. Kami letakkan link disini untuk korang cuba personaliti thru website yang diberikan ni.
http://gotoquiz.com/personality_plus_1
Dikuasakan oleh Blogger.