Header Ads

Kajian: Keju Akan Membuatkan Anda Ketagih Seperti Mengambil Dadah


Jika anda bertanya kepada kawan, apa makanan kegemaran mereka, pasti ramai yang memilih keju. Mungkin kerana pelbagai jenis keju yang ada sesuai dengan selera anda, atau mungkin kerana keju sesuai dengan semua makanan.

Ramai yang kata dia "addicted" kepada keju. Betul ke? Jom tengok sebabnya.

Satu kajian telah dijalankan oleh Tim Gill, seorang profesor di University of Sydney untuk membincangkan sama ada keju adalah satu ketagihan atau tidak, dan hasil kajian tersebut agak menarik.

Keju berada di kedudukan ke-16 dalam senarai makanan yang dikategorikan kepada ketagihan. Jadi, mengapa ramai yang gilakan keju walaupun begitu?


Pengkaji tersebut mengatakan bahawa makanan tertentu seperti coklat, aiskrim, dan French fries dikaitkan dengan sikap seperti ketagihan kerana wujudnya karbohidrat yang diproses dan tambahan lemak dalam produk makanan termasuklah kadar penyerapan yang tinggi terhadap karbohidrat yang diproses.

Kajian tersebut juga mendapati makanan sebegini dapat merangsang organ atau sel dalam tubuh yang berkaitan dalam melepaskan dopamine (molekul yang berkaitan dengan keinginan yang kuat untuk sesuatu).

Ini mungkin menjadi sebab mengapa keju boleh menyebabkan ketagihan.

Makanan yang mengandungi kadar lemak, garam, dan gula yang tinggi akan lebih merangsang pengeluaran dopamine berbanding makanan lain, dan keju adalah makanan yang mengandungi lemak dan garam yang tinggi.


Coklat juga mengandungi bahan yang boleh menyebabkan ketagihan, tetapi kuantitinya adalah kecil, yang mana pencinta coklat boleh memakan coklat tanpa muntah. Selain itu, ramai yang ketagih terhadap kafein dalam teh, kopi, dan minuman cola.

Dakwaan yang mengatakan keju merangsang bahagian yang sama pada otak sepertimana dadah tidak disertakan dengan bukti.

Beberapa kajian menunjukkan mereka yang gemar mengambil produk tenusu tidak semestinya akan menyebabkan pertambahan dalam berat badan.
Dikuasakan oleh Blogger.