Header Ads

Itali Sedang Memberikan Istana Lama Secara Percuma dan Ini Cara untuk Anda Mendapatkannya!


Jika anda pernah mempunyai impian atau berangan-angan ingin memiliki istana sendiri, inilah peluang anda untuk merealisasikannya. Itali sedang memberikan 103 hartanah terbiar, termasuklah villa, rumah penginapan, dan istana secara percuma. Ini bermakna semua orang boleh mula membina istana idaman!

Walau bagaimanapun, terdapat satu perkara yang perlu diambil perhatian. Agensi Harta Kerajaan di negara tersebut mengharapkan sesiapa yang berjaya memiliki istana percuma itu (atau mana-mana daripada 103 objek) untuk mengembalikan keadaan bangunan tersebut supaya dapat digunakan sebagai destinasi pelancongan. Hartanah tersebut boleh menjadi sebuah hotel, spa, restoran, atau apa-apa sahaja mengikut kehendak pemilik.




"Projek ini akan mempromosikan dan menyokong perkembangan sektor pelancongan yang perlahan," Roberto Reggi dari Agensi Harta Kerajaan memberitahu The Local. "Tujuannya ialah bangunan awam atau persendirian yang tidak lagi digunakan, ditukarkan kepada kemudahan untuk kegunaan para pendaki, para pelancong, para penunggang basikal, dan para jemaah agama." Pihak berkuasa juga berharap rancangan ini dapat meredakan sedikit beban di kawasan sesak dan paling terkenal di negara tersebut, seperti Venice.

Tarikh tutup permohonan ialah 26 Jun. Pemohon yang berjaya akan diberikan tempoh 9 tahun pada permulaan untuk menjayakan projek mereka, dengan kemungkinan memanjangkan tempoh untuk 9 tahun lagi. Namun, jika permohonan anda ditolak, jangan risau - Itali bercadang ingin memberikan 200 objek dengan cara yang sama dalam tempoh dua tahun akan datang.

Maklumat lebih lanjut: agenziademanio.it






Dikuasakan oleh Blogger.