Header Ads

Ini Sebab Mengapa Ramai yang Kurus Tetapi Memiliki Perut yang Buncit


Kegemukan dan perut buncit tidak dapat dipisahkan, sebab itu bila orang kurus dah buncit, mesti dia akan rasa dah gemuk. Pernah terfikir tak kenapa orang kurus tetapi perut buncit?

Perut buncit bukan hanya memerlukan senaman, tetapi perubahan kecil dalam gaya hidup juga sangat membantu.

Jom lihat punca dan cara mengatasinya.

#1 Spare tire tummy

Perut anda kelihatan menggeleber terutama apabila dipandang dari sisi dan akan nampak sangat jelas di bahagian pinggang apabila memakai seluar.


Puncanya ialah gaya hidup yang tidak aktif dan mengambil makanan bergula dan karbohidrat dalam kuantiti yang banyak.

Cara mengatasi:
1. Ubah cara diet pemakanan anda. Pilih makanan seperti telur, daging tanpa lemak, sayur seperti kekacang, dan avokado.

2. Buat aktiviti seperti bersiar-siar di taman atau senaman ringan di rumah.

3. Diet yang betul dan senaman yang sesuai dapat menjadikan perut anda kelihatan lebih cantik.

#2 Inflated belly

Waktu pagi nampak okey tetapi perut anda kelihatan buncit pada waktu petang. Tahu tak apa puncanya? Antara puncanya ialah alahan makanan dan masalah usus.


Atasi masalah ini dengan:
1. Jangan tinggalkan sarapan pagi kerana waktu pagi adalah waktu sistem penghadaman yang baik.

2. Elakkan makan pada lewat malam dan banyakkan minum air putih.

3. Elakkan makan produk tenusu yang diproses seperti keju, susu, dan mentega, serta gluten seperti roti, pasta, dan kuih-muih.

4. Makan sayur-sayuran segar, daging, ayam, dan ikan. Cuba elakkan roti dan pastri selama dua minggu dan lihat hasilnya.

5. Buat senaman ringkas seperti berjalan-jalan selepas makan, dan tarik nafas dalam-dalam sebanyak 10 kali.

#3 Post baby tummy

Ini sering dilalui oleh para ibu selepas melahirkan anak dan otot pelvis yang lemah juga menjadi punca. Saiz normal perut anda akan kembali normal selepas 6 minggu. Tetapi, jika diabaikan penjagaannya, perut anda akan terus buncit!


Cara mengatasi:
1. Elakkan senaman squat dan crunches kerana senaman tersebut tidak baik untuk postur badan selepas melahirkan anak.

2. Amalkan makanan yang mengandungi lemak sihat seperti kekacang, minyak sayuran, minyak ikan, dan minyak zaitun.

3. Tidur sebentar waktu siang dapat merehatkan badan dan meningkatkan pembakaran lemak.

4. Buat senaman kegel untuk kebaikan pelvik sebanyak 15 hingga 20 kali dan ulang sebanyak lima kali sehari.

#4 Stress belly

Anda mempunyai kulit perut yang tebal dan lemak tertumpu di sekeliling perut. Puncanya ialah terlalu tertekan, waktu makan yang tidak teratur, pengambilan minuman berkafein yang banyak, gangguan pada usus, dan pengambil makanan yang tidak sihat seperti kerepek.


Cara mengatasi:
1. Elakkan melakukan aktiviti lasak sebelum tidur seperti berlari. Rehatkan badan anda sekurang-kurangnya tiga jam sebelum tidur.

2. Tidur di awal waktu. Pengeluaran hormon leptin yang membantu mengawal selera makan dan metabolisme badan akan terganggu akibat waktu tidur yang tidak teratur.

3. Makanan yang tinggi kandungan kalsium adalah bagus untuk "merehatkan" badan, seperti sayur-sayuran hijau, kekacang, dan gandum.

4. Anda boleh mencuba untuk melakukan sedikit regangan dan yoga sebelum tidur.

#5 Low belly

Geram kan bila bentuk badan ramping tetapi bahagian bawah perut terlalu menonjol.



Punca:
1. Baru lepas melahirkan anak.
2. Diet makanan yang kurang sihat.
3. Struktur tulang belakang yang melengkung.

Cara mengatasi:
1. Pilih senaman yang sesuai dan pastikan setiap pergerakan dilakukan dengan betul.

2. Banyakkan minum air putih.

3. Amalkan diet yang sihat dengan mengambil makanan yang mengandungi serat yang tinggi seperti sayuran hijau dan roti gandum.

Dikuasakan oleh Blogger.