Header Ads

Ini Info yang Perlu Anda Ambil Tahu Tentang Virus "WannaCry" yang Telah Menyerang Syarikat di Malaysia


Baru-baru ini, virus WannaCry telah menyerang 200,000 peranti di 150 negara, menyebabkan pengguna tidak dapat mengakses peranti dan fail mereka. Serangan ini dilaporkan mulai perlahan, dengan beberapa laporan serangan baru pada hari Isnin.

Seorang jurucakap untuk agensi polis Europol mengatakan situasi di Eropah "kelihatan stabil".

Di Asia, yang mana kebanyakan ofis ditutup sebelum serangan virus WannaCry melanda, serangan tersebut dikatakan kurang berbahaya daripada yang dijangka dan kebanyakan sistem perbankan tidak terjejas.


Memetik dari The Star, menurut LGMS, syarikat perkhidmatan keselamatan IT, kes pertama di Malaysia melibatkan seorang pengarah yang merupakan salah seorang kliennya apabila virus tersebut telah menyerang komputer riba peribadi kliennya pada pagi Sabtu.

Pengasas LGMS C.F. Fong mengatakan bahawa maklumat dalam komputer riba tersebut telah dipadam kerana pemiliknya enggan membayar US$300 (RM1,300) sebagai tebusan.

Virus yang sama telah muncul di mesin sebuah kedai automotif pada pagi Ahad. Syarikat tersebut tidak mempunyai salinan fail dan mungkin akan membayarnya.

Fong turut menambah, bahawa sebarang mesin yang diserang oleh WannaCry hendaklah tidak bersambung dengan mana-mana rangkaian awam atau korporat (termasuklah WiFi di rumah). Virus tersebut akan merebak sebaik sahaja anda menyambung ke mana-mana rangkaian.

Ransomware - sejenis perisian (software) berbahaya yang direka untuk menghalang akses ke sistem komputer sehingga sejumlah wang dibayar - yang telah mengambil alih fail, meminta $300 (RM1300) untuk memulihkan semula keadaan tersebut.


Pada hari Isnin, White House mengatakan bahawa sebanyak $70,000 (RM302,468) telah dibayar dalam usaha untuk membebaskan data yang telah dikunci.

Bayaran yang hanya diterima dalam Bitcoin, boleh meningkat sebanyak dua kali ganda selepas tiga hari, dan akan diugut untuk dipadam semua fail dalam masa tujuh hari jika tiada bayaran yang dibuat.

Patutkah mereka membayar?

Syarikat-syarikat di Asia dan Eropah telah memberikan amaran kepada para pekerja supaya berhati-hati apabila klik sebarang lampiran (attachment) dan link dalam emel mereka.

Agensi Jenayah Kebangsaan UK menyampaikan mesej untuk tidak membayar kerana tiada jaminan bahawa sistem atau fail akan dikembalikan.

Apa yang perlu anda lakukan?

Pastikan anda mempunyai perisian keselamatan yang tinggi. Anda juga perlu memastikan perisian tersebut sentiasa dikemaskini atau tetapkan kemaskini secara automatik. Akhir sekali, sentiasa semak keaslian (bebas virus) fail dan laman sesawang sebelum anda memuat turun dan membuka sebarang fail atau lampiran emel.

Seorang pengkaji British, hanya dikenali sebagai MalwareTech dan berusia 22 tahun, telah mencipta laman sesawang mengesan kejadian serangan WannaCry dan telah dikreditkan sebagai "hero secara tidak sengaja" selepas menemukan "suis pembunuh" yang menghentikan wabak WannaCry ini.
Dikuasakan oleh Blogger.