Header Ads

Iklan kereta terbaik dunia? Lelaki mencipta video iklan paling epik yang anda patut lihat



Eugene Romanovsky tidak menggunakan portal iklan biasa untuk menjual "kawan baik"nya Suzuki Vitara 1996.
Ini kerana gambar dan visual adalah lebih berkuasa daripada perkataan!!
Itu yang dilakukan oleh Romanovsky apabila meluangkan masa lapangnya hampir tiga minggu untuk menyiapkan video luarbiasa berdurasi 2 minit ini.

Romanovsky realitinya berkerja di bidang grafik, telah menghasilkan video iklan ini lebih kepada untuk tujuan eksperimen kreativiti bukannya serius untuk jualan.
Namun, hasil grafik video itu telah menarik berjuta penonton seluruh dunia di Youtube, sehingga ada yang mengakui sudah ada berjuta pembeli dari seluruh dunia.

Apa yang menariknya video iklan Vitara ini?
Dia berjaya menghasilkan video yang sangat professional dengan menunjukkan betapa seksi, bergaya dan bijaknya kerata Vitara miliknya itu.
Digambarkan kenderaan SUV itu bukan sahaja lasak meredah hutan, malah meredah kawasan padang pasir, beriklim tundra, berenang dilautan serta terbang ke angkasa hingga ke bulan!
Dia turut menggunakan beberapa shot dari filem Jurasic Park dan Mad Max, dan berjaya menyampaikan mesej : SUV ini sangat istimewa.



Dipenghujung video itu, tertera pernyataan “It needs your love. And maybe some paint,” yang bermaksud Vitara ini perlukan penjagaan dan sedikit cat.

Dalam beberapa website lain, menyatakan video hasil tangan Romanovsky ini layak mendapat anugerah, sekiranya terdapat anugerah untuk iklan kereta terpakai.

Menurut Romanovsky, walaupun ramai yang bertanya mengenai keretanya itu selepas menonton video itu, tetapi bukan berjuta orang yang ingin membelinya.
Begitu juga dengan respons orang ramai dalam akaun Youtube milik Romanovsky, ada yang menyokong dan bangga dengan hasil kerja grafiknya.
Namun ada juga pihak yang tidak puas hati dan memberi respons negatif.


Namun, SUV ini telah pon mendapat pembelinya, bukan dari negara lain tetapi dari tempatnya sendiri.

Menurut Romanovsky, "Yang kelakarnya, pembeli itu langsung tidak menonton video itu. Dia melihat kereta Vitara ini di tepi jalan"

Dikuasakan oleh Blogger.