Header Ads

Hantar Email Tapi Tak Dibalas,Ini Tips Berguna Untuk Memohon Kerja Menggunakan Email


Alahai hampa betul bila dah beriya hantar email mohon kerja sana sini tapi langsung tak dengar khabar berita. Apa yang salahnya? Tahu-tahu sudah ada orang pun penuhi jawatan tersebut. Cuba korang tengok balik, ada tak ikut kesemua etika ini dalam menghantar email?

Sekarang ni zaman moden dah lama job seekers mohon kerja gunakan email kan? Tapi kesemua permohonan korang tu dilayan ke? Ada tak yang terpaksa menunggu berbulan lamanya tanpa khabar berita?
Mesti korang tak ikut kesemua adab dalam memohon kerja ni. Okay ini perkongsian dari seorang netizen di thread twitter akaun miliknya tentang cara terbaik untuk nak mohon kerja  gunakan email. Berdasarkan pengalaman sendiri tau.

"Tips memohon kerja meggunakan email berdasarkan pengalaman sendiri dan bacaan"


"Gunakan email yang matang dan sesuai dengan peringkat umur" 


"Tajuk atau Subject email yang bersesuaian dan tepat"


"Satu company satu email sahaja. Jangan malas"


"Jangan biarkan email anda kosong hanya attached seketul resume sahaja"


"Pastikan nombor yang diberi boleh dihubungi 24 jam"





"Jangan memburukkan majikan sebelum ini"


"Gunakan size font yang sama untuk keseluruhan email"


"Sertakan Cover Letter, CV/Resume"


"Jika diminta barulah anda berikan sijil-sijil akademik dan yang berkaitan"


" Pastikan attachment yang diberikan dalam format PDF. PDF!"


"Pastikan anda buang ayat "sent from Samsung Mobile/iPhone" dan sebagainya"


"Contoh email yang bagus"



"Semoga tips yang dikongsikan ini bermanfaat terutamanya mereka yang pertama kali apply kerja"



*Sumber: Twitter myjoe_



Dikuasakan oleh Blogger.