Header Ads

Enggan Menyerah Kalah, Ibu Ini Membesarkan Anaknya yang Kurang Upaya Sehingga Berjaya ke Harvard


Apabila Zou Hongyang melahirkan satu-satunya anak lelakinya ke dunia pada 1988, komplikasi kelahiran yang teruk telah menyebabkan anaknya menghadapi masalah cerebral palsy.


Sumber: South China Morning Post

Para doktor di wilayah Hubei menyarankan supaya Zou mengalah, termasuklah suaminya yang turut menyatakan sedemikian, kerana mereka percaya bahawa bayi lelaki tersebut akan sengsara dan tidak akan menjadi bijak.

Walau bagaimanapun, Zou telah menolak pandangan mereka, menceraikan ayah kepada anaknya, dan menjadikan misi hidupnya untuk merawat dan menyokong anaknya ketika tiada siapa yang ingin berbuat demikian.


Zou melakukan sekurang-kurangnya 3 pekerjaan pada masa yang sama untuk menyara keluarga kecilnya, termasuklah latihan protokol dan penjualan insuran, dan bermain permainan merangsang minda bersama-sama dengan anak lelakinya untuk merangsang deria dan membina kepintaran anaknya.

Zou membantu anaknya untuk belajar mengatasi ketidakupayaan. Sebagai contoh, Zou mengajar anaknya menggunakan penyepit ketika tangan keras anaknya sukar untuk memegang penyepit tersebut.


29 tahun kemudian, kanak-kanak lelaki yang sama - Ding Ding - merupakan seorang graduan Universiti Peking dengan ijazah sarjana muda dalam bidang sains alam sekitar dan kejuruteraan. Kini, dia juga merupakan mahasiswa Undang-undang Harvard.

Bayangkan betapa bangganya seorang ibu yang bekerja keras ini dengan pencapaian anaknya yang hebat, dan betapa bersyukurnya Ding Ding kepada penyokong terbesar dirinya. Zou turut dipuji oleh pengguna media sosial.






Dikuasakan oleh Blogger.