Header Ads

Ciuman selama 50 jam wanita ini membuahkan hasil bernilai Usd 23k


Selepas 50 jam bertarung mencium kereta mewah, akhirnya 7 daripada 20 peserta pertandingan dibenarkan melepaskan ciuman mereka.

Sanggupkah kita mencium badan kereta selama 50 jam semata-mata untuk memenangi kereta mewah?
Itulah pendirian kuat Dilini Jayasuriya apabila dia membuat keputusan untuk menyertai pertandingan pelik anjuran Syarikat Radio KISSFM di Texas.

Pertandingan yang diberi nama "kiss for KIA" ini turut disiarkan secara LIVE di Facebook KISS FM , serta siaran langsung dari radio KISS FM.

Pertandingan ini yang bermula pada jam 7 pagi selasa telah disertai oleh 20 orang peserta, namun setelah 24 jam jumlah peserta merosot kepada 11 orang.

Syarat-syarat pertandingan ini adalah peserta dikehendaki mencium badan kereta KIA, iaitu kedua-dua bibir melekap rapat ke badan kereta, selama 50 jam berturutan.

Namun peserta dibenarkan berehat 10 minit setiap sejam, menjadikannya berjumlah 50 jam.

Pertandingan yang menyerupai satu dokumentari "Hands on a Hard Body: The Documentary" yang dihasilkan pada tahun 1997. (Sumber Wikipedia)
Dokumentari yang diarahkan oleh S. R. Bindler mencatat pertandingan kelasakan peserta memegang badan trak Nissan selama 24 jam tanpa badan menyentuh trak.

Peserta yang dapat memegang trak dalam tempoh paling lama tanpa bersandar ke trak atau duduk bercangkung telah memenangi trak tersebut.
Dalam pertandingan ini, peserta diberi rehat selama lima minit setiap jam , lima minit rehat setiap enam jam.
Dalam pertandingan "Kiss a Kia" ini, tempohnya adalah lebih lama, dan peserta dibenarkan untuk batuk, bergerak dan buat bising tetapi biibir mereka hendaklah melekap pada badan kereta.
Ada yang didapati mendengar muzik melalui headphone, dan ada juga yang menonton Netflix pada telefon.
Menurut Jayasuria, memasuki pertandingan ini adalah antara detik "menyeramkan" dalam hidupnya, tetapi dia bertekad untuk kembali fokus, walaupun langsung tidak bermeditasi.

Setelah 50 jam, jumlah peserta hanya tinggal 7 orang daripada 20. Apabila DJ Kiss FM mengumumkan bahawa Jayasuria memengangi kereta KIA Optima 2017, yang bernilai lebih USD$23K, dia sangat terkejut kerana dia dan suaminya sangat memerlukan kenderaan baru.
Apa yang diinginkan lagi setelah memenangi kereta mewah? "Bersantai di pantai" katanya.
 
Dikuasakan oleh Blogger.