Header Ads

Cincin pertunangan dipakai lebih setahun tanpa disedari wanita ini.



Terdapat banyak cara seorang lelaki boleh melamar teman wanitanya.
Dia boleh menghabiskan masa beribu-ribu ringgit untuk meraikan hari istimewa, menulis surat cinta yang mempunyai mesej tersirat, atau sekadar menghulurkan cincin dan melamarnya selepas makan malam.

Salah satu cara lagi adalah dengan memberi teman wanita memakai cincin pertunangan tanpa dia menyedarinya.
Itu yang telah dilakukan oleh seorang lelaki bernama Terry dari Australia.

Terry dan Anna telah menjalin hubungan lebih dari dua tahun.
Setelah mengenalinya selama lapan bulan, Terry cuba untuk melamar Anna, namun dia mendapat idea yang paling kreatif.
Pada hari ulangtahun pertama perkenalan mereka, Terry telah menghadiahkan Anna seutas rantai yang mempunyai loket dari kayu pain yang dibuatnya sendiri.

Kayu pain ini adalah dari jenis Huon pain, yang berasal dari Tasmania.
Anna memakai rantai itu tanpa menyedari Terry telah merahsiakan terdapat sesuatu yang bernilai didalamnya.

Daripada video yang dipaparkan, Anna memakai rantai itu sepanjang masa selama lebih dari setahun.

Walaupun Anna sentiasa memakainya,  Terry tetap bimbang jika Anna akan menjual atau kehilangan rantai hadiahnya itu.
Pernah sekali, Terry dan Anna melepasi sekuriti lapangan terbang, dan mereka bernasib baik kerana sekuriti tidak meminta Anna menanggalkan rantai itu.
Jika tidak, ia pasti menjadi acara lamaran di lapangan terbang.

Pada November 2016, Terry membawa Anna ke kawasan terpencil, Gua Smoo di  Scotland.
Semasa melamar Anna, Terry mengambil rantai tersebut dari Ana dengan alasan untuk mengambil gambar dengan batu-batuan, tetapi dia membuka loketnya dengan pisau.
Reaksi Anna? Sangat terkejut dan bersyukur kerana tidak hilangkan rantai itu.

Terry telah menghasilkan sebuah video di Youtube untuk berkongsi pengalaman mereka dalam proses pertunangan ini.
Ada yang memberi pujian kerana kreativitinya, tapi ada juga penonton yang mengecam hebat perbuatan mereka.

Dikuasakan oleh Blogger.