Header Ads

Betul Ke Anak Bongsu Paling Lawak? Ini Sebabnya


Anak bongsu dalam keluarga fikir mereka lebih lawak daripada adik-beradik yang lain, menurut satu kajian.

Kaji selidik YouGov telah menyelidik sifat perwatakan 1,783 orang dewasa British dengan melihat bagaimana mereka menilai aspek yang berbeza dalam personaliti mereka.

Hasil kajian mendapati 46 peratus daripada anak bongsu mengatakan diri mereka paling lucu, berbanding 36 peratus anak sulung.

Mereka yang terlibat dalam kajian tersebut berkata salah satu sebab kerana anak sulung merasakan beban tanggungjawab terhadap adik-adik mereka dan adik bongsu tidak merasakan sebegitu. Hasilnya, 54 peratus anak sulung mengaku wujudnya perasaan lebih bertanggungjawab berbanding 31 peratus anak bongsu.

Walaupun 47 peratus anak bongsu dilaporkan berperwatakan mudah bergaul, kejayaan lebih berpihak kepada anak sulung, dengan 38 peratus mengatakan mereka lebih berjaya berbanding anak bongsu.

Tidak kiralah siapa yang lebih lawak atau lebih berjaya, yang penting kita saling menghargai dalam keluarga untuk hidup bahagia!



Dikuasakan oleh Blogger.