Header Ads

Benarkah Drama Menanti Februari Bercanggah Dengan Islam? Ikuti Jawapannya Daripada Seorang Ustaz


Ramai yang tertanya-tanya status perkahwinan dalam drama yang sedang ditayangkan di kaca TV. Ikuti jawapannya daripada Ustaz Abu Syafiq Al-Asy'ary

DRAMA “MENANTI FEBRUARI” BERCANGGAH DENGAN ISLAM?

SOALAN:
Us..baru ni saya ada ikuti sebuah drama bertajuk “Menanti Februari" yg mengisahkan seorg suami hilang dilautan.
Dalam tempoh 6 bulan shj si isteri telah berkahwin dgn lelaki lain. Saya konfiussz..
sahkah nikah yg last tu?
-Azfarizie Ahmad.

JAWAPAN Ustaz Abu Syafiq:

1- Banyak drama Tv sekarang tidak patuh syarak pabila mereka nak pamerkan sesuatu tentang agama Islam. Bukan sahaja drama Tv bahkan beberapa program tertentu berkaitan agama juga sering ajaran Syiah-Wahabi dibenarkan menyebarkan ajaran sesat mereka di kaca TV dihidangkan pula kepada awam yang masih mencari-cari kebenaran. Ini sangat Bahaya.

2- Berkaitan dengan soalan.
Jawapannya sudah tentulah tidak sah akad nikah tersebut kerana dia masih isteri orang.
Dan jika ia dilakukan juga maka ia boleh dianggap zina dan anak dari hubungan tersebut adalah anak yang tak sah taraf.

3- Tempoh membolehkan seorang wanita yang kehilangan suami untuk berkahwin dengan lelaki lain mengikut Mazhab Syafie dan selainnya adalah 4 tahun dari tempoh kehilangan suaminya.

Ia disebut sebagai Al-Mafqud.

Akta Mahkamah Syariah negeri-negeri juga memperuntukkan sedemikian bahkan Mahkamah Sivil menetapkan 7 tahun kehilangan tanpa berita baru boleh dianggap si Al-Mafqud itu sudah mati.

Bila sudah dianggap mati oleh Mahkamah kemudian selesainya ‘iddah wanita itu maka barulah boleh berkahwin dengan lelaki lain.

Jika si isteri yang kehilangan suaminya hanya dalam tempoh 6 bulan sahaja sudah berkahwin pula dengan lelaki lain maka perkahwinan itu tidak sah.

Melihat kepada undang-undang Kekeluargaan di Malaysia untuk isteri menuntut fasakh/gugur nikah suami pertama atas alasan tidak tahu dimana suaminya berada pun perlukan kepada tempoh 1 tahun. Lafaz talak ta'liq yg biasa diamalkan di Malaysia pula tidak terkait terus dengan hukum orang hilang Al-Mafqud akibat sesuatu yang jelas seperti kemalangan dilaut dan lain-lain.

Lagi pun dari segi adat kebiasaan orang yang hilang 6 bulan adalah tidak munasabah untuk terus kita anggap dia sudah mati inikan pula terkait hukum perkahwinan baru.

Maka lebih perlu berhati-hati.

Seandainya perkara ini sudah terjadi kemudian suami yang pertama yang hilang itu tiba-tiba pulang kembali dan dapati isterinya telah berkahwin dengan orang lain bahkan sedang menghamilkan anak kepada lelaki baru dikahwini itu maka si isteri tadi perlu kembali menjadi isteri kepada suami pertama yg sah kerana akad nikah si isteri dgn lelaki baru itu tidak sah dan anak hasil mereka berdua itu kelak di bin/bintikan kepada si Ibu atau dalam segi undang-undang negara dibinkan/bintikan kepada Abdullah dan lain-lain kerana tidak sah taraf.

4- Manakala jika Mahkamah Syariah mengikut peruntukan Akta sedia ada (tempoh 4 tahun atau yang munasabah) sudah menentukan Al-Mafqud si suami yang hilang itu sudah dianggap mati kerana hilang melebihi 4 tahun atau tempoh yang munasabah kemudian isteri berkahwin dengan lelaki lain secara sah kemudian pula tiba-tiba pulak suami pertama muncul kembali lalu mendapati isterinya telah bersuami lain maka hak Ikhtihar memilih disini adalah kepada si suami pertama.

Jika dia mahu akan isterinya tersebut maka dia menjadi miliknya secara automatik setelah tamat iddah dan suami kedua terputus terfasakh nikahnya dan anak hasil dari suami kedua tetap dibin/bintikan kpd suami kedua, manakala jika suami pertama sudah tidak mahu maka wanita itu terus menjadi isteri kepada lelaki kedua.

5- Saya jawab secara ringkas ini tanpa menyebut dengan sangat detail dalil hadith dan teks qaul ulama Mazhab. Tetapi merujuk kepada itu semua.

Kita perlulah merujuk kepada mazhab muktabar jangan ingat diri boleh faham hadith terus nak jadi pakar hukum pula.

Ulama Mazhab Empat Hanafi, Maliki, Syafie dan Hambali sudah kaji lebih dari kita lagi.
Kekalkan diri dalam Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Al-Asyairah Al-Maturidiyah dan jauhi ajaran songsang Liberal, Plurisme , Syiah dan Wahhabi.

Ramai pula yang berkongsi pendapat tentang drama ini dengan jawapan dari Ustaz Azhar Idrus. Memetik daripada post seorang pengguna Facebook, ini pula responnya. Post asalnya telah dipadam atas nasihat sahabatnya supaya tidak mempromosikan drama TV secara tidak langsung
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
Suami hilang, isteri kawen lain, suami pertama datang balik.

Dah makin ramai pulak duk tanya, pasal drama dungu TV3 yang isteri ni suami dia hilang lah pastu isteri ni kawen dengan laki lain lah pastu suami pertama dia datang balik lah. Duk gaduh pasal status pernikahan kedua si isteri tu. Duk gaduh pasal status dia dengan suami pertama, masih suami isteri ke.

Paling best, ada yang share video UAI di mana UAI kata perkahwinan kedua tu terbatal serta merta, dan ramai lah yang kondem dan mengatakan UAI salah. Padahal kamu tu sendiri bercelaru hukum hakam. Baca ni pelan-pelan dan satu persatu.

1. Lafaz taklik yang dilafazkan pengantin lelaki selepas akad nikah, disebut "....jika aku meninggalkan isteriku DENGAN SENGAJA atau paksaan selama 4 bulan qamariah atau lebih, tanpa diriku atau wakilku meninggalkan nafaqah kepadanya...."

"Hilang" ni ada dua jenis. Hilang yang benar-benar hilang tanpa disengajakan, seperti diculik, atau seperti kes MH370 yang hilang tanpa dikesan, ini tak sengaja hilang, maka kalau ikut lafaz taklik tu secara zohirnya, maka masih tidak valid taklik ini untuk dijatuhkan talak. Syarat iktiqad, isteri tahu, suaminya bukan sengaja hilangkan diri.

Hilang yang sengaja hilang, contoh, suami bergaduh dengan isteri, dia saje lari rumah tanpa sape-sape tahu khabar berita. Atau, suami lari gi selatan thai sebab kawen lari, pastu tak berani balik rumah, ini namanya sengaja hilangkan diri. Syarat iktiqad, isteri tahu, suaminya sengaja menghilangkan diri. Dikira valid lafaz taklik ni, tapi..... ada lagi satu syarat......

2. Dalam lafaz taklik yang pengantin lelaki lafaz itu juga disebut "....dan jika isteriku menuntut di mahkamah syariah dengan bayaran sekian RM untuk difasakhkan, maka tertalaklah isteriku dengan talak khuluk...."

Ini syarat kedua lafaz taklik tu untuk valid. Jadi, walau suami tinggalkan isterinya selama 18 juta tahun tanpa nafqah pun, kalau si isteri tak pergi meminta untuk difasakhkan pada hakim, tetap tak tercerai keduanya. Pilihan di tangan isteri. Kalau benar masih sayang kat suami lagi, tak perlu tuntut fasakh.

3. Tapi, suami hilang dengan sengaja atau tak sengaja, atau suami tidak hilang pun, ada je depan mata, boleh ke isteri menuntut fasakh?

Jawabnya, boleh, jika alasannya munasabah. Contohnya, tidak diberi nafqah, atau tidak sehaluan lagi, atau dizalimi, dipukul, didera, dipaksa melakukan sesuatu yang melampaui batas syariat atau perikemanusiaan. Hakim akan menilai alasan yang diberikan si isteri. Kemungkinan akan lalui sesi kaunseling dulu, kecuali kes-kes yang melibatkan jenayah seperti dera dan pukul, jika ada laporan polis, hakim berkemungkinan akan terus luluskan tuntutan fasakh.

4. Dalam drama tu (maaf, saya tak tengok TV, cuma hasil cerita dari orang-orang yang soal saya je), si isteri telah menuntut fasakh. Samada fasakh tu dituntut menggunakan lafaz taklik (yang suami lafaz masa lepas nikah) atau fasakh normal, saya tak tahu. Tapi kelulusan fasakh dari hakim menandakan pernikahan dia dengan suami pertama telah terbatal.

Maka apabila dia kahwin dengan suami baru, pernikahannya sah. Bila suami pertama datang balik, pernikahan si isteri dengan suami baru, TIDAK BATAL. Maka, si wanita dengan suami pertamanya bukan lagi suami isteri. OK, Dah menjawab soalan.

5. Yang silapnya, orang yang post video UAI. Video UAI tu video lama. Takde kena mengena dengan situasi dalam drama tu. Video UAI tu sesuai untuk kes hilang benar-benar hilang. Kes benar-benar hilang ni, hukum dia isteri akan automatik dikira cerai-mati (bercerai akibat kematian), HANYA JIKA SUAMI TELAH HILANG SELAMA 2 TAHUN HIJRIYYAH.

Kalau tak caye, rujuk fatwa mufti-mufti negeri di Malaysia dan Fatwa Kebangsaan pasal kes status isteri-isteri mangsa MH370 dulu. (Kalau ikut pendapat Imam Syafie 4 tahun hilang baru boleh kahwin lain)

Tu pasal UAI kata pernikahan yang baru (pernikahan isteri dengan suami kedua) tu terbatal. Sebab masih belum cukup syarat suami hilang iaitu berlalu 2 tahun suami pertama hilang. Mahkamah bagi kebenaran berkahwin, tapi isteri takde tuntut fasakh. Memang la terbatal perkahwinan kedua kalau suami pertama balik.

6. Video UAI tu takde kena mengena dengan Drama TV tu. Berbeza situasi. Nampak sama, kes suami hilang. Tapi berbeza sebenarnya.

Sama la macam contoh ni:

a) Ali solat tapi di bawah sejadah dia ada najis kencing kucing yang dah kering. Solat tu sah. Tapi kau bawak video UAI kata solat tak sah jika ada najis pada tempat sujud kita. Sebab apa kau jadi celaru? Sebab ko tak paham beza "tempat sujud" dengan "bawah sejadah".

b) Abu solat berjemaah, jadi makmum, dia tak baca fatihah. Kau kata sah, sebab dalam kitab ulama mazhab Syafie kata "fatihah tertanggung atas imam". Kau salahkan UAI sebab UAI kata tak sah solat kalau tak baca fatihah setiap rakaat, menurut mazhab Syafie. Padahal dalam kitab yang kau rujuk tu, ulama kata "fatihah tertanggung atas imam" diletakkan dalam bab makmum masbuq, bukan muafiq.

Kau yang celaru, tapi kau salahkan UAI.

Sekian.
Dikuasakan oleh Blogger.