Header Ads

Anxiety: Berasa bimbang bukan kerana terlalu risau tetapi ini sebab sebenar yang perlu anda ketahui


Adakah anda sering memikirkan masalah keluarga? Anda sering menganalisis setiap situasi dan memikirkan keputusannya? Adakah anda berasa sukar untuk berkata tidak kepada orang lain? Adakah anda berfikir orang lain tidak sukakan anda, dan semua hubungan anda akan gagal? Adakah anda membayangkan senario kehilangan dan kematian? Adakah anda melalui waktu yang sukar dalam melepaskan sesuatu perkara?

Jika anda telah menjawab ya untuk lebih daripada tiga soalan, anda mungkin sedang mengalami satu bentuk masalah kebimbangan (anxiety disorder). Jika ini yang anda sedang lalui, ketahuilah bahawa ianya lebih daripada sekadar risau...

1. Kebimbangan dalam  mengejar kesempurnaan.

Ada beza dalam ingin menjadi sempurna dalam sesuatu, dan ingin dilihat sebagai sempurna. Orang yang mengalami kebimbangan (anxiety) ini, dirinya berada dalam keadaan terpaksa bukan sahaja ingin melakukan sesuatu perkara secara sempurna tetapi yang lebih penting, mereka ada keperluan ingin dianggap sebagai sempurna.

Mereka inginkan semua orang berfikir mereka sebagai seorang yang mencapai pelbagai perkara dalam kehidupan - dan apabila keadaan ini tidak berlaku, mereka memasuki satu kitaran negatif dan mengkritik diri sendiri. Setiap kali itulah anda akan berfikir bahawa anda tidak akan pernah melakukan dengan baik. Tukarkan persepsi tersebut kepada anda sudah melakukan dengan baik.

2. Kebimbangan adalah mengambil berat, dengan cara sedikit berlebihan.

Kita semua menyayangi orang tertentu dalam kehidupan kita. Kadangkala, apabila sesuatu berlaku yang melibatkan orang tersayang, kita akan berasa resah. Kita ingin orang tersayang menjadi gembira, selamat, dan bergerak maju ke hadapan tanpa bahaya.

Kita lakukan apa yang kita boleh untuk mencapai keadaan ini, sehinggakan kadangkala timbul perasaan benci terhadap orang yang kita cuba untuk "sayangi". Perasaan emosi kita yang melampau boleh membawa kita untuk menjadi terlalu resah dan terlalu cemburu. Jika anda merasakan begini, ambil langkah untuk sedar semula. Sedar kesilapan anda dan tenangkan diri. Anda perlu katakan pada diri anda semuanya akan okey.


3. Kita cuba untuk mengawal keadaan kerana kita merasakan hilang kawalan terhadap diri sendiri.

Mengalami masalah ini seperti berada di dalam kereta api yang sangat laju tanpa hala tuju. Perkara yang berada dalam fikiran anda dan penyesalan bertindih dalam kepala, membuatkan minda anda kusut, dan hati anda bergelora. Kita merasakan seperti semua perkara dalam kehidupan kita mula hancur dan jika anda berusaha, tetap tidak boleh diselesaikan.

Oleh kerana itu, orang yang mengalami kebimbangan ini cenderung untuk mengawal seboleh mungkin. Bermeditasi dapat membantu dalam menangani keadaan ini, hanya lima minit untuk bernafas setenang yang mungkin.

4. Kebimbangan adalah siang dan malam tanpa rehat.

Bayangkan anda mempunyai minda yang sentiasa berjalan seperti hujan meteor. Anda memikirkan itu dan ini, risau tentang semua perkara dari A hingga Z dalam kehidupan anda, dan mencuba untuk bertenang dan tempat yang aman dalam kepala. Perasaan yang berterusan itu adalah ciri utama kebimbangan. Salah satu strategi terbaik dalam menangani ketika masa berjalan adalah anda tidak boleh duduk diam atau membiarkan diri anda sentiasa memikirkannya.

Ingat, kebimbangan bermakna tekanan dan terlalu banyak tekanan dapat membuatkan anda berasa lemah secara mental dan fizikal. Pastikan anda makan makanan yang bagus dan ada rutin senaman. Minta bantuan pakar ketika mana anda merasakan minda anda terlalu sarat.

Dikuasakan oleh Blogger.