Header Ads

Anak kecil mengacu pisau dan mengugut untuk memukul pemandu lori yang menghalang gerai neneknya


Pemandu lori itu tidak berganjak walaupun anak kecil itu mengugut untuk memancitkan tayar lorinya.
Di waktu kesulitan,hanya keluarga tempat kite bersandar, nenek ini agak beruntung kerana memiliki pahlawan kecil disisi nya.
Video ini telah viral di media sosial China yang menunjukkan anak kecil mengamuk kepada pemandu lori yang parkir dihadapan gerai buah neneknya. Rupa-rupanya, lori itu menghalang gerai neneknya dari di lihat oleh pelanggan yang lalu untuk melihat gerai neneknya.

Anak kecil itu dengan jelas sekali marah pemandu lori itu dengan menjerit "Awak tak boleh parkir di sini, Kalau tidak saya pukul".
Anak yang berani itu di gelar"Xiao Pang" turut mengugut untuk memancitkan tayar depan lori sekiranya pemandu itu enggan mengalihkan lori dari kawasan itu.

Samseng kecil itu kemudian berlalu pergi, sambil bermain dengan pisaunya dan menunggu pemandu lori tersebut berundur. Walaupun tindakannya berani mempertahankan dan melindungi neneknya dianggap sangat mengagumkan, namun kebanyakan penduduk menjangka kanak-kanak itu akan membesar menjadi seorang yang ganas, sedangkan keluarganya langsung tidak menghalang tindakan ganasnya itu.

Kemungkinan juga, tindakan kanak-kanak itu akan membawa kepada kepercayaan bahawa keganasan mampu menyelesaikan segalanya.


Adakah dia kanak-kanak yang sama?

Kanak-kanak kecil ini menggunakan sebatang paip besi untuk menakutkan pihak berkuasa tempatan yang datang untuk meruntuhkan gerai buahan milik neneknya. Hero kecil ini sangat berbahaya dan mungkin mempunyai isu dalam mengawal kemarahan, tetapi dia tetap sangat comel dan mengagumkan!
Dikuasakan oleh Blogger.