Header Ads

Ahli Bomba Ini Menyelamatkan Seorang Bayi, Lihat Apa Yang Berlaku Selepas 17 Tahun


Beberapa tahun yang lalu, seorang ahli bomba bernama Mike Hughes telah menyelamatkan Danielle Davidson dari kebakaran di rumahnya. "Sewaktu ketika kami tiba, sebahagian besar dari rumah itu sudah terbakar, semasa memasuki rumah itu saya terjumpa Danielle sedar menangis dan hampir dijilat api pada ketika itu" Kata Mike



Beberapa tahun kemudian, saya ingin mencari semua dan ingin mengetahui apa yang terjadi dengan bayi yang saya selamatkan itu. Saya menjumpai Facebook Danielle menerusi profile ibunya dan saya menghantar mesej kepadanya " Saya rasa saya pernah menyelamatkan kamu keluar dari kebakaran sewaktu kamu kecil dahulu". Dari masa ini mereka terus berbual panjang dan Mike menjadi ayah angkat kepada Danielle.



17 tahun selepas kebakaran dirumahnya, Danielle telah menjemput Mike untuk hadir ke majlis tamat pengajiannya kerana Danielle merasakan Mike adalah seorang penyelamat dan hero baginya.

Mike menangis ketika mendengar ucapan Danielle ketika majlis itu berlansung yang berkata " Mike yang hadir pada majlis ini bukan sekadar penyelamat pada saya namun beliau adalah juga orang penting dalam hidup saya walau kami tiada ikatan pertalian, tapi jasanya kerana menyelamatkan saya sewaktu saya kecil membolehkan saya berdiri di atas pentas ini hari ini. Saya amat bersyukur kerana itu".



Dikuasakan oleh Blogger.