Header Ads

6 Sindrom Biasa Yang Dilalui Pada Hari Pertama Bekerja. Betul Tak?

Alamak, nervous betul nak masuk hari pertama kerja ni. Macam mana kalau staff semua jenis sombong dan tak nak layan? Alah, macam mana kalau first day pun dah buat salah. Ish nervus betul. Percayalah, ini sindrom biasa yang dilalui oleh newbies betul tak?

Aduh hari pertama masuk kerja ni perasaan dia serba nervous lah! Rasa macam nak meletup je jantung ni risaukan apa yang bakal berlaku. Mana lah tahu kalau staff lain "pulau" kan ke sebab budak baru, waktu lunch nanti nak makan dengan siapa? Risaunya! Percaya lah, walau berapa banyak kali korang sudah bertukar kerja, mesti aka nada juga timbul rasa gerun ‘hari pertama’ ni.
Jangan risau, lama-kelamaan korang akan rasa selesa di tempat baru. Tapi sebelum nak sampai tahap itu, cuba lihat kembali beberapa perkara yang mungkin korang pernah lakukan pada hari pertama dahulu:

1. Kekok bila boss tunjukkan meja korang
First day mesti lah bos akan tunjukkan mana meja korang kan? Aduh, terasa kekoknya bila ikut je bos dari belakang sampai lah ke meja. Kemudian bos tunjukkan meja lagi lah korang awkward sebab tak tahu nak terus duduk ke ataupun berdiri je tepi meja.
Korang blur je tunggu arahan macam budak kecil pula. Alah, tipulah korang tak rasa macam ni waktu hari pertama masuk kerja kan?

2. Sesat dalam office sendiri
Budak baru masuk, dimaafkan lah lagi kalau tersesat-sesat manja ni. Tapi berpada lah kalau sesat cari toilet dari waktu lunch lagi sampai lah pukul 5. Logik ke sesat cari meja sendiri dalam office yang tak besar mana tu?
Ada ke yang pagi-pagi dah pasang niat nak bancuh kopi dekat pantry tapi lupa jalan balik ke meja sendiri sampaikan pusing satu department tak jumpa. Last-last, turun ke lobi dan tanya dekat receptionist. Ini parah ni!

3. Pengalaman pertama join conference call
Sudah lah newbie lepas tu bos panggil masuk bilik conference pula. Aduh, kena join conference pula memang tak faham langsung siapa yang sedang bercakap ni. Terperanjatnya  korang bila tahu conference call ni penuh dengan suara-suara robot yang bercanggah satu sama lain. Semua suara macam sama je, macam mana ni?

4. Lagi teruk bila dah habis conference korang kena catat satu persatu
Bila dah habis conference call baru bos korang ingatkan “eh dah catat semua perbualan dan info penting tadi?” Haa.. kena catat ke? Masalahnya tak dengar pun apa yang diorang cakap kan? Bos saya lost ni! Mula lah rasa takut dan gementar kalau-kalau bos  mengamuk dan tanya kenapa list tak cukup penuh.

5. Semua orang hantar onboarding message dalam masa yang sama
Haish, terlebih baik betul semua colleagues ni siap hantar onboarding email pula. Setiap saat berbunyi “ding!” menandakan yang email baru masuk berpusu-pusu. Semua orang excited untuk ucapkan selamat datang.
Memang rasa gembira apabila diraikan sebegitu rupa. Tapi yang penatnya bila nak kena balas email satu persatu. Alahai..

6. Korang tak terbiasa lagi dengan rutin sampai terpaksa berkorban waktu lunch
Maklumlah pekerja baru, jadi rutin tu tak boleh nak sesuaikan diri lagi, betul tak? Perkara sebegini ambil masa untuk nak sesuaikan diri. Disebabkan  ystem masa korang tu tak berapa nak sesuai lagi, biasanya mingu terawal tu korang terpaksa korbankan waktu lunch hour demi kerja terrcinta. Bersabar lah. Perlahan-lahan ikut rentak di tempat baru dan biasakan diri.


Dikuasakan oleh Blogger.