Header Ads

4 Tanda Badan Anda kurang Vitamin, Ini Pemakanan Yang Boleh Mengatasinya Tanpa Jumpa Doktor


Badan manusia sangat unik, mampu memberi signal tertentu apabila kurangnya sesuatu di dalam badan.
Tapi kita kena tahu apa tanda-tandanya dan vitamin apakah yang kurang dalam badan kita.

Simptom kekurangan vitamin:


1. Bibir pecah atau rekahan merah di sudut mulut berkemungkinan adalah tanda:

Kekurangan Vitamin B, B2, B3, B12 dan zink.
Anemia disebabkan kekurangan zat besi.
penyakit perut.
lemah sistem imun.
Diabetes
kehilangan gigi belakang.
kebersihan mulut yang teruk.

 Cara semulajadi yang dapat menyelesaikan masalah ini adalah dengan memakan makanan seperti brokoli, asparagus, kale,  kekacang, quinoa, tauhu, keju tanpa lemak, Chard, aprikot kering, kacang dan biji-bijian.


2. Keguguran rambut atau ruam merah pada muka dan tidak stabil

Dua keadaan ini menunjukkan badan mengalami kekurangan biotin. Biotin merupakan sejenis vitamin dalam B kompleks dan kuantiti yang diperlukan oleh badan hanyalah sedikit.
Namun begitu, keadaan ruam pada muka boleh juga disebabkan oleh pelbagai faktor lain seperti psoriasis, dermatitis, lupus kulit, rosacea, atopic dermatitis, erythematosus, suhu terlalu sejuk dan seborrheic dermatitis.
Keguguran rambut juga boleh terjadi disebabkan oleh keadaan lain seperti pengambilan pil perancang, atau ubat-ubatan seperti untuk masalah kalenjar  thyroid, diabetes atau boleh jadi keranan keturunan.
Sekiranya dua isu ini disebabkan oleh kekurangan vitamin, dengan mudah anda boleh merawatnya dengan mengambil makanan-makanan ini : kacang almond, avokado, bawang, susu kambing, chard, kekacang, lobak, tomato, biji bijan, pisang, cendawan, susu, yogart dan kacang tanah.


3. Ketumbuhan merah atau putih pada kulit yang menyerupai jerawat.
Jika anda dapati ada ketumbuhan-ketumbuhan kecil pada pipi, peha dan lengan yand menyerupai jerawat, ia mungkin menandakan anda mengalami kekurangan vitamin A dan D, ketakseimbangan hormon atau kekurangan asid lemak yang penting untuk badan.

 Pengambilan lemak-lemak sihat seperti kekacang dan bijian (flaxseed atau biji rami), sayuran berdaun hijau, lobak,  lada dan hasil tenusu mungkin dapat menyelesaikan masalah ini secara semulajadi.


4.Pedih dan kebas di beberapa bahagian badan

Kekurangan vitamin B9 dan B12 selalunya akan membawa kepada rasa kebas dan di tangan dan kaki. Perkara lain yang boleh menyebabkan masalah ini mungkin juga tekanan, anemia dan kepenatan.
Untuk merawat masalah kekurangan vitamin ini anda boleh mengambil sayuran seperti bayam. asparagus, kacang dan hasil tenusu.

Dikuasakan oleh Blogger.