Header Ads

3 Tips Untuk Membina Perhubungan Sempurna Bersama Pasangan Anda.

Perasaan cinta bermula diantara 2 insan,perasaan cinta yg sgt mendalam
membuatkan pasangan tersebut melalui saat indah yg sukar untuk dilupakan,tetapi setiap
perhubungan ada pasang surutnya walaupun anda berada didalam sebuah perhubungan yg
sihat.
Perhubungan teramat memerlukan komitmen,untuk menjadikan hubungan itu sempurna,hiasilah
perhubungan itu dgn keserasian,kesabaran dan kesungguhan(usaha),hiasan dlm perhubungan
ini dapat menjadikan ia satu perhubungan yg sempurna.


3 tips untuk anda mengharungi duri ranjau perkahwinan.

BERKOMUNIKSI
Komunikasi amat penting dalam perhubungan,dengan  anda mestilah boleh terima pandangan
pasangan anda mungkin tentang apa yang sidia tidak selesa atau sebagainya,walaubagaimanapun
anda tidak melihat ini adalah masaalah yang besar kerana anda telah bersama sekian lama.

Anda perlu faham benda yang remeh atau sedikit lama kelamaan menjadi besar,pasangan anda akan rasa seperti tidak dihiraukan,
yang mana rasa ini akan mengakibatkan perhubungan anda berada didalam badai yg bakal menghancurkan.
Anda hendaklah cari jalan penyelesaian bersama sama atau pun bersendirian,dalam masa yang
sama anda perlu mengambil berat tentang pasangan anda,tahu apa yang pasangan anda perlukan dalam
perhubungan dan hendaklah bersama berusaha kearah keserasian.

LUANGKAN MASA BERSAMA PASANGAN
Cari masa dan luangkan masa berkualiti bersama,sesibuk mana pun anda,anda mesti mencari masa di
hujung minggu untuk bersama,cuba menjadi pendengar yang setia,untuk membuatkan si dia rasa sangat penting untuk hidup anda,cuba jangan jawab panggilan atau melayan pesanan telefon waktu anda bersama si dia.

Melirik antara satu sama lain ketika berkomunikasi,duduk bersama,dan nikmati waktu anda bersama.
Dan juga yang paling penting jangan anda menjerit terhadap pasangan ketika anda sedang marah ketika perbalahan.
menjerit tidak akan menyelasaikan masaalah,bahkan kemungkinan berpanjangan kerana pasangan anda mungkin membalas
jeritan tersebut,ataupun pasangan anda menjadi takut kepada anda,ini tidak ada  faedah yang baik untuk perhubungan yang harmoni.

BERSIKAP JUJUR DAN TERBUKA ANTARA SATU SAMA LAIN

Kejujuran adalah elemen penting dalam perhubungan yang sihat dan tersangat penting untuk hubungan perkahwinan. Ia adalah amat penting untuk anda merasa bahawa pasangan anda boleh di percayai dan begitu juga sebaliknya apa yang pasangan anda mau dari anda.Kepercayaan.

Keterbukaan dan kejujuran melampaui kebenaran,ia juga bermaksud menangani sesuatu dengan berterus terang dan tidak menyembunyikan sebarang maklumat.jangan sesekali berbohong kepada pasangan anda walaupun pembohongan kecil kerana ia boleh mengakibatkan kemarahan dan kebencian.
Cuba dedahkan kepada pasangan,pasangan anda mesti tau tentang impian dan harapan,perkara yang anda takut dan perlabagai perkara lain yang tersembunyi dalam hati anda.

Membina hubungan yang sempurna,adalah tentang membina kepercayaan dan memupuk perasaan
sayang yang kukuh dan penuh dengan keintiman.
Dikuasakan oleh Blogger.