Header Ads

Terlalu Sukakan Tarantula, Wanita Ini Berkongsi Rumahnya Bersama 1,500 Ekor Tarantula


Ramai yang berasa seram sejuk apabila memikirkan seekor tarantula, tetapi seorang wanita di Indonesia terlalu sukakan tarantula. Ming Cu, 28 tahun, telah mengumpul tarantula sejak 2010, dan kini dia memiliki 1,500 ekor tarantula yang tinggal di rumahnya.

Minat Ming Cu terhadap tarantula bermula sejak 7 tahun yang lalu, apabila dia melihat seekor tarantula berwarna yang cantik di laman rumahnya di Bandar Bandung, Indonesia. Dia hanya mengambil beberapa keping gambar tarantula tersebut, tetapi semakin lama dia melihat gambar tersebut, dia berasa semakin teruja dengan haiwan berkaki lapan itu. Kemudian, dia mula mencari haiwan tersebut secara online. Dia mula membeli, seekor demi seekor dan dia mula 'tersangkut' dengannya. Sejak tujuh tahun yang lalu, dia telah menghabiskan sebanyak $55,000 (RM238,510) ke atas tarantula, dan kini 1,500 ekor tarantula tinggal di bilik khas di rumahnya.


Apabila dia meluahkan hasratnya ingin membela tarantula, ibu bapanya terkejut kerana menyangkakan mereka adalah berbahaya. Ming Cu kemudian membeli beberapa buku tentang tarantula dan belajar cara membesarkan dan menjaga mereka, termasuklah cara melindungi dirinya dan memastikan mereka tidak keluar daripada tempat kurungan. Ibu bapanya mengalah apabila melihat kesungguhannya terhadap labah-labah dan membenarkannya untuk membela labah-labah tersebut di dalam rumah.

Ming Cu menyimpan haiwan peliharaannya yang berbulu di dalam balang yang memenuhi ruang bilik tersebut. Koleksinya termasuklah semua jenis spesies tarantula yang berasal dari Indonesia dan sebahagiannya diimport dari seluruh dunia. Tetapi, dia berharap dapat memiliki dua jenis labah-labah yang sukar didapati - Trigmopoeus psychedelicus, dari India, dan Harpactira pulchripes, dari Afrika.


Seperti yang anda bayangkan, menjaga 1,500 tarantula adalah satu pekerjaan sepenuh masa. Ming Cu memberitahu media Indonesia bahawa dia menghabiskan masa selama 10 jam setiap hari untuk memberikan makanan kepada mereka, memastikan mereka mempunyai air yang mencukupi, dan memeriksa jika mereka dalam keadaan sihat. Dia sangat beruntung kerana dapat menjadikan minatnya sebagai bisnes, maka dia tidak perlu melakukan semua itu ketika masa lapang.


Belajar untuk menjaga tarantula adalah satu tugas yang agak mencabar pada permulaannya, dan Ming sentiasa perlu membeli tarantula jantan yang baru kerana tarantula betina akan membunuh dan memakannya. Selepas berjaya mengawal keadaan tersebut, dia dapat menghasilkan spesimen baru untuk dijual kepada peminat tarantula yang lain. Dia tidak menjual mana-mana spesimen daripada koleksi peribadinya.

Ming Cu mula menjual tarantula pada tahun 2012. Pada mulanya, dia hanya berurusan dengan pelanggan tempatan tetapi selepas dia mula mengiklankan secara atas talian, dia mula menerima tempahan dari luar negara dan kini memiliki pelanggan dari pelbagai negara seperti UK, Sweden, Jerman, dan Poland. Jika anda berminat, anda boleh melayari website spiderloverpetshop.com.



Dalam tempoh 7 tahun bersama haiwan peliharaannya, dia hanya pernah digigit sebanyak 14 kali. Sesetengah dari itu adalah serius, bergantung pada spesies tarantula yang menggigit. Spesimen yang paling kurang berbisa hanya memerlukan sedikit ais untuk mengurangkan bengkak manakala tarantula yang sangat berbisa pula menyebabkannya terpaksa ke hospital, demam, dan tidak dapat tidur malam.



Namun begitu, Ming Cu tidak pernah berputus asa dari minatnya. "Anda hanya perlu berhati-hati," katanya. "Tetapi tarantula tidak perlu ditakuti, mereka kurang berbahaya berbanding ular."

Dalam komuniti peminat tarantula, Ming Cu dikenali sebagai "Permaisuri Tarantula", satu gelaran yang membuatkan dirinya bangga.

Dikuasakan oleh Blogger.