Header Ads

Soalan yang sering ditanya semasa ditemuduga kerja dan cara menjawabnya

Tidak boleh dinafikan proses interview kerja masih menjadi igauan buruk bagi sebahagian besar yang ingin memulakan pekerjaan disesebuah syarikat. Ada yang lulus dan ada yang gagal. Keypoint utk proses tersebut adalah persediaan awal sebelum ditemuduga.
Jadi admin ingin membantu korang dalam permudahkan proses tersebut dan kali ni mari kita bincangkan tentang soalan-soalan yang sering ditanya oleh penemuduga dan cara yang sesuai untuk menjawabnya.

1. Soalan hidangan pembuka, "ceritakan tentang diri anda" kerap dijadikan soalan yang pertama.

Cara-cara: Tidak perlu menceritakan keseluruhan hidup korang kepada penemuduga. Cukup saja berikan sejarah ringkas tentang Nama, menetap dimana, pendidikan, pengalaman kerja  sudah cukup. Sedikit latar belakang mengenai keluarga pon boleh selit sekali.

2. "Apa yang anda tahu tentang syarikat ini?" Soalan yang mengukur keaktifan mengambil tahu maklumat mengenai syarikat yang korang nak kerja tu..
Cara-cara:  Lakukan pemeriksaan terhadap latar belakang syarikat, berita terkini tentangnya, visi misi syarikat itu, orang-orang berpengaruh di dalamnya. agar korang kelihatan bersedia dan mempunyai minat untuk berkhidmat dan mendapat pekerjaan di sana.

3. "Mengapa anda mahukan pekerjaan ini?" Boleh jadi soalan yang perangkap. Pertimbangkan jawapannya baik-baik dan jangan sampai korang salah menjawab.
Cara-cara: Kita bekerja untuk duit tapi elakkan jawapan yang terlalu materialistik seperti ini. Apa yang sesuai dengan minat dan bakat korang, kemudian lanjutkan dengan apa yang korang rasa serasi dengan visi misi syarikat tersebut yang menyebabkan korang ingin menyertai dan menyumbang dalam syarikat itu

4."Apa yang anda cari dalam sebuah pekerjaan?"  Semakin lama soalan yang diberikan akan semakin susah.

Cara-cara: Jawapan kepada soalan ini lebih menitikberatkan tentang kerjaya itu sendiri. Elakkan memberi jawapan "Saya nak cari pengalaman" sebab takda syarikat yang nak amik orang yang nak berkerja untuk cuba-cuba. Hanya kepada yang serius nak kerja sahaja.
Utarakan bahawa kroang berminat untuk menjadi sebahagian dari organisasi dan ingin menyumbang dan dikenali kerana prestasi korang sendiri.

5. Berikan alasan kenapa kami harus mengambil anda bekerja?
Cara-cara: Ini adalah peluang bagi korang untuk menonjolkan kualiti sebagai pekerja. Jawapan korang sebaiknya menjelaskan tiga perkara ini di dalamnya: bahawa saya bukan saja dapat mengerjakan tugas dari kedudukan tersebut, malah juga mampu memberikan hasil yang terbaik kepada syarikat itu.

6. "Apakah pencapaian profesional terbesar anda setakat ini?". Soal ini gaya bicara juga harus berhati-hati, jangan sampai korang nampak sombong, ya!
Jika korang dah pernah bekerja sebelum ini, menjawab soalan ini boleh menjadi cukup mudah. Jika  fresh graduate, yang sedang mencari pekerjaan pertama , korang boleh menggunakan pengalaman masa berorganisasi atau memegang jawatan semasa belajar sebagai jawapannya.

Cara-cara : sebaiknya korangh menceritakan pengalaman itu dengan tepat. Iaitu kemukakan situasi yang korang alami, tugas yang dipikul dari situasi tersebut, tindakan yang dilakukan untuk menyelesaikan tugas, dan akhirnya pencapaian yang korang dapatkan!

7. "Apakah kelemahan terbesar anda?" Adalah soalan yang paling ditakuti. Sampaikan jawapan yang jujur ​​tapi sekaligus gunakan kesempatan ini untuk menunjukkan kelebihan diri.

Berikan kelemahan kecil yang berkaitan dengan pekerjaan atau diri telah korang perbaiki. contohnya:

"Saya tidak begitu bagus dalam perihal public speaking, namun saya telah berusaha mengatasinya dengan mejadi volunteer
 sebagai pimpinan pada satu program, agar saya terbiasa berkomunikasi dengan orang ramai."

Contoh lain: "Saya beberapa kali mendapat kritikan kerana kurang memberi tumpuan terhadap perincian ketika mengerjakan sebuah projek. Kerana itu,  hampir setiap hari saya menilai semula hasil-hasil projek yang saya kerjakan untuk melihat mana yang perlu saya perbetulkan agar tidak berulang dimasa akan datang. "

8. "Berapa gaji yang anda minta?" Boleh jadi soalan perangkap jika korang tidak melakukan penyelidikan dan persiapan.
Walaupun kedengaran menggiurkan, namun korang harus hati-hati dengan soalan ini. Jawapan yang terlalu lurus boleh membuatkan si penemuduga tertawa di dalam hati, sementara jawapan terlalu rendah menunjukkan bahawa kamu kurang maklumat tentang syarikat tersebut atau tidak percaya diri. Korang boleh mencari maklumat tentang bayangan atau rata-rata pendapatan yang boleh diperolehi daripada bekerja di syarikat tersebut melalui internet.

Setelah tahu julat gaji di tempat tersebut, beri tahu juga bahawa kamu cukup fleksibel. Maksudnya gaji yang kamu tawarkan itu masih boleh dirunding.

Akhir sekali sebelum korang ingin pergi temuduga pastikan segala sijil atau maklumat diri telah dipersiapkan sehari sebelum nak di interview. Last minit punya kerja juga menjadi salah satu faktor korang gagal didalam temuduga kerana sifat tergesa-gesa ataupun resah. 
Semoga tips ini memberi manfaat kepada semua

Dikuasakan oleh Blogger.