Header Ads

Seperti Inilah Perjalanan Sperma Berenang Menuju Sel Telur

Kehamilan adalah salah satu keajaiban dimana proses di sebaliknya tidak hanya merangkumi seks yang menyeronokkan saja, malah juga perjalanan dan persaingan sperma yang penuh cabaran. Bayangkan, sperma yang panjangnya hanya 0.065 mm harus berenang melalui cecair faraj yang berasid dan mengalahkan kekuatan sel darah putih yang berpotensi membunuh. Sperma harus lincah, berenang dengan cepat dan tepat, mengelakkan jalan buntu sekaligus mengalahkan lebih dari 50 juta sperma lain. Kemampuan sperma melalui pelbagai rintangan itu membuat saintis bertanya-tanya. Bagaimana caranya sel kecil itu bergerak cepat? Sebuah kajian yang dilakukan saintis dari Kyoto University, University of York, University of Birmingham, dan University of Oxford menjawab kepada soalan ini. Mereka melakukan penyelidikan dengan peranti ketepatan tinggi dan menggunakan sejumlah stimulasi untuk mengolah data besar pergerak sperma yang dilihat. Hasil kajian mengungkapkan bahawa, sperma cukup taktikal dalam melakukan pergerakan. Sel itu melakukan pergerakan ke belakang dan ke depan untuk mencapai matlamat dengan cepat. Bahagian ekor sperma berperanan menggerakkan kepala ke depan untuk mencipta arus yang kecil. Gerakan ini mengurangkan geseran, malah membantu bergerak ke depan dengan lebih cepat. "Kita mungkin menganggap bahawa pergerakan sperma ini mencipta kesan yang tak diduga pada cecair persekitarnya, menjadikan ia justru sukar untuk menentukan arahnya" kata Hermes Gadelha dari University of York. Namun yang terjadi disebaliknya. Gerakan sperma itu justru menghasilkan pola aliran khas yang mempermudahnya untuk bergerak. "Ini menunjukkan bahawa sperma bergerak melalui cecair sekitarnya secara teratur untuk membantu pergerakannya, tak jauh beza dengan medan magnet di sekitar magnet," tambah Gahelda seperti diambil dari PhysOrg, (20/3/2017). Pola yang dicipta oleh pergerakan sperma itu sekaligus berperanan memilih dan memastikan hanya yang berkualiti sahaja yang boleh bergerak ke hadapan dengan cepat. Allan pacey, pakar sperma dari University of Sheffield mendedahkan, kejayaan sperma tak semata-mata soal berenangnya saja. "Semakin banyak kita tahu tentang sperma maka semakin baik. Ini mungkin akan membantu mengatasi masalah ketidaksuburan tapi ada banyak hal yang juga perlu dipertimbangkan," katanya dipetik dari BBC hari ini.

Sumber: BBC
Dikuasakan oleh Blogger.