Header Ads

Selepas menjalani ujian DNA, pasangan berkahwin ini mendapati mereka sebenarnya kembar yang terpisah


Seorang doktor di klinik kesuburan Mississippi terpaksa memberitahu berita yang sangat mengejutkan kepada pasangan yang menerima rawatan daripadanya.

Pasangan tersebut telah datang ke klinik kerana mereka telah berusaha untuk mendapatkan zuriat dan mereka berminat untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang proses bayi tabung uji (IVF).

Selepas menjalani ujian DNA, doktor tersebut mendapati pasangan tersebut sebenarnya adalah kembar. Semua nama telah dirahsiakan untuk melindungi identiti mereka.


Ketika proses IVF, doktor telah mengambil sampel DNA daripada kedua-kedua pasangan tersebut untuk mendapatkan profil tentang latar belakang genetik mereka. Ianya adalah perkara biasa tetapi mereka terkejut kerana mendapati profil pasangan tersebut adalah sama.

Pada mulanya, doktor tersebut menyangka pasangan tersebut mungkin hanya sepupu kerana keadaan ini kerap berlaku.

Setelah meneliti sampel tersebut, doktor mendapati terlalu banyak persamaan dan yakin bahawa mereka sebenarnya kembar seiras.

Ketika temujanji seterusnya, doktor menyampaikan berita tersebut dengan sebaik mungkin, tetapi dibalas dengan gelak tawa daripada mereka. Keadaan tersebut menyukarkan doktor untuk menerangkan kebenaran yang sukar untuk diterima.

Si suami berkata ramai yang mengetahui mereka berkongsi tarikh lahir yang sama dan wajah mereka mirip antara satu sama lain, tetapi dia merasakan ianya hanya satu kebetulan yang melucukan.


Doktor menerangkan masa silam pasangan tersebut, yang mana ibu bapa kandung mereka telah meninggal dalam kemalangan kereta apabila mereka masih bayi, dan mereka tidak mempunyai keluarga terdekat yang ingin menjaga mereka. Mereka telah dijaga oleh pusat penjagaan dan kemudian, dijaga oleh keluarga yang berbeza. Disebabkan kesilapan dalam pemfailan, kedua-dua keluarga angkat tersebut tidak pernah dimaklumkan bahawa anak angkat mereka mempunyai kembar.

Apabila pasangan tersebut bertemu buat kali pertama di kolej, mereka mempunyai hubungan yang baik kerana wujud pelbagai persamaan antara mereka.

Kini, dengan beban berita yang baru mereka terima, pasangan tersebut dilaporkan sedang memikirkan masa depan hubungan mereka.

Dikuasakan oleh Blogger.