Header Ads

Selalu berasa lapar? Mungkin ini sebenarnya masalah anda


Tadi baru je makan, rasa kenyang betul. Tetapi, selepas dua jam, anda berasa lapar semula. Anda makan coklat. Kemudian, berat anda naik.

Dan anda tertanya-tanya, kenapa selalu rasa lapar? Anda sangka anda ada parasit dalam badan? Ianya tidak mustahil, tetapi selalunya, anda sebenarnya hanya dahaga.

Ramai yang kekurangan air dalam badan tetapi tidak mengetahuinya. Dan masalahnya, ramai yang tidak dapat membezakan antara lapar dan dahaga.

Ini tanda-tanda sama ada anda sebenarnya lapar atau dahaga:


Seperti yang anda lihat, tiga tanda tersebut adalah sama kerana bahagian dalam otak yang berkaitan dengan lapar dan dahaga adalah sama. Jadi, ianya menjadi sedikit mengelirukan.

Bagaimana untuk membezakan sama ada anda lapar atau dahaga?

Satu tip ialah rasa lapar sebenarnya datang berperingkat, dan tidak datang secara tiba-tiba. Apabila anda tidak pasti, cuba minum air. Sukar untuk terlebih minum, tetapi mudah untuk terlebih makan!

Jadikan ianya tabiat.


Minum segelas teh herba sekurang-kurang 30 minit sebelum makan atau snek. Dengan cara ini, anda akan tahu selera makan anda dan badan anda akan menerima air dengan lebih efektik.

Kekurangan air dalam badan memainkan peranan besar dalam kehidupan anda lebih daripada yang anda sangkakan. Tetapi, ianya mudah ditangani. Belajar untuk lebihkan minum air dan bukan sahaja rasa lapar itu berkurangan, anda juga akan berasa lebih baik!

Selamat mencuba!
Dikuasakan oleh Blogger.