Header Ads

Sadis, Gadis 20 Tahun Merancang Pengebumian Sendiri Supaya Tercapai Permintaan Terakhir


Pada umur 20 tahun, Racine Pregunta mempunyai hasrat terakhir yang ingin ditunaikan apabila mengetahui bahawa kehidupannya bakal berakhir.


Dalam menyenaraikan beberapa butiran hasrat, gadis itu memberitahu keluarganya dia mahu mati dalam keadaan cantik.

Dia juga meminta untuk dipakai pakaian khas serta kepalanya diikat dengan bunga, malah dia juga mahu disolek cantik. Dia juga memaklumkan tentang bagaimana pengebumian itu perlu berlaku.


Kini, keluarganya telah mengisytiharkan bahawa permintaannya telah dipenuhi. Imej yang menyayat hati ini telah dikongsikan mendedahkan Racine dalam keranada kelihatan sangat cantik dihari pengebumiannya.

Racine meninggal dunia pada 17 April di Davao City, di selatan Filipina, selepas pertempuran dengan osteosarcoma, sejenis kanser tulang.


Dikuasakan oleh Blogger.