Rakyat Haiti membuat 'biskut lumpur' demi mengelakkan kebuluran dek kemiskinan


Dalam era rasuah yang berleluasa, sering kali rakyat biasa yang paling menderita. Jutaan masyarakat di Haiti kekurangan zat makanan dan tidak mampu mengambil makanan yang berkhasiat, sehinggakan mereka terpaksa makan biskut yang diperbuat daripada lumpur untuk mengisi perut mereka.

Sebuah negara miskin tanpa kerajaan yang stabil, Haiti adalah satu negara yang mana hampir 3 juta penduduk tidak mendapat makanan yang mencukupi. Kelaparan menjadi isu yang serius. Ketika mana rakyat Haiti yang kaya seramai 10 peratus memperoleh 70 peratus daripada jumlah pendapatan negara, kebanyakan rakyat Haiti hidup dengan hanya satu atau dua dolar sehari. Ramai dewasa dan kanak-kanak yang menderita kerana kekurangan zat.


Makanan bernutrisi seperti buah-buahan dan makanan ruji yang lain sering dianggap barangan mewah dalam kalangan ramai rakyat Haiti. Hanya untuk meneruskan kehidupan di saat sukar, sesetengah rakyat Haiti telah kembali kepada resepi generasi lama dengan mencampurkan garam, minyak sayuran, dan lumpur untuk membuat biskut lumpur, atau "bon bon terres" seperti yang disebut penduduk tempatan.

Kaum wanita akan membuat "adunan" berdasarkan resepi generasi lama. Mereka akui makanan tersebut dapat mengisi perut mereka apabila mereka belum makan apa-apa.


Selepas kaum wanita selesai mengadun lumpur dengan air, biskut tersebut dibentuk di atas tanah, untuk dijemur. Sesetengah kawasan di Haiti, menjual biskut lumpur ini adalah sumber utama pendapatan mereka. Lumpur yang digunakan diambil dari sebuah kawasan di bukit, dan kaum wanita yang membuat biskut tersebut percaya ianya kaya dengan vitamin dan mineral seperti kalsium.




Pakar mengatakan bahawa rakyat Haiti yang makan biskut tersebut berada dalam risiko penyakit bawaan tanah dan kekurangan zat.

Celaine Denies, salah seorang wanita yang membuat biskut lumpur memberitahu World Focus dalam satu temuramah akui bahawa perkara tersebut tidak seharusnya berlaku. Namun, situasi yang mendesak menyebabkannya tiada pilihan selain melakukannya. Dia juga sedar makanan tersebut boleh membuatkan mereka sakit tetapi bukan untuk mereka yang tidak biasa dengan makanan tersebut.


Biskut lumpur ini boleh meningkatkan risiko kekurangan zat untuk rakyat Haiti buat mereka yang memakan biskut tersebut kerana ketiadaan zat dalam makanan tersebut. Dan ramai dewasa kadangkala malu untuk makan makanan tersebut, tetapi kanak-kanak sering dilihat menikmatinya.

Pakar mengatakan dengan makan makanan tersebut boleh memberikan kesan negatif terhadap kesihatan, meningkatkan risiko pereputan gigi, dan pelbagai penyakit yang lebih teruk.


Masa depan rakyat Haiti terutamanya kanak-kanak kelihatan suram, dan untuk mengeluarkan rakyat daripada kemiskinan adalah hampir mustahil tanpa wang atau kerajaan yang stabil.

Lihat selanjutnya dalam video oleh World Focus:



Kongsikan Artikel Ini



Nama

artis,11,awesome,33,bagaimana,8,berita,15,cinta,47,comel,26,cool,144,design,19,diy,20,dunia,2,fail,2,fakta,1,gadget,6,gambar,582,ganas,1,geli,4,gif,3,hiburan,5,humor,3,idea,1,iklan,1,info,83,inspirasi,74,islam,27,jenayah,2,jutawan,93,jutawan dua,48,karut,14,kehidupan,54,keluarga,1,kenderaan,1,kerjaya,2,kesihatan,16,klasik,1,koleksi,33,konsep,21,kreatif,134,lawak,2,lawatan,131,lol,27,lol.,1,makanan,2,media sosial,1,menarik,49,motivasi,9,motivasi hidup,9,ngeri,14,ninetology,4,oops,1,pelik,83,percutian,7,quiz,1,rumah idaman,55,sadis,6,samsung,1,semasa,293,seni,8,seram,2,teknologi,6,test,1,tips,51,troll,2,unik,9,video ceramah,3,video menarik,294,viral,5,wow,6,wtf,90,
ltr
item
Nakbebel: Rakyat Haiti membuat 'biskut lumpur' demi mengelakkan kebuluran dek kemiskinan
Rakyat Haiti membuat 'biskut lumpur' demi mengelakkan kebuluran dek kemiskinan
https://3.bp.blogspot.com/-2WvGTiCww6E/WPh8fNenx_I/AAAAAAAAFYs/ILZrAMvQ-Jo-NU7W6Jlh_bp2dmv2g12XwCLcB/s1600/Aki-147-1.jpg
https://3.bp.blogspot.com/-2WvGTiCww6E/WPh8fNenx_I/AAAAAAAAFYs/ILZrAMvQ-Jo-NU7W6Jlh_bp2dmv2g12XwCLcB/s72-c/Aki-147-1.jpg
Nakbebel
http://www.nakbebel.com/2017/04/rakyat-haiti-membuat-biskut-lumpur-demi.html
http://www.nakbebel.com/
http://www.nakbebel.com/
http://www.nakbebel.com/2017/04/rakyat-haiti-membuat-biskut-lumpur-demi.html
true
6864137901274687103
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts LIHAT SEMUA Teruskan Membaca Balas Cancel reply Delete Oleh Home PAGES POSTS View All Anda Mungkin Berminat Dengan.. LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Januari Februari Mac April May Jun Julai Ogos September Oktober November Disember Jan Feb Mac Apr May Jun Jul Ogos Sep Okt Nov Dis just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow Ruangan Ini Khas Untuk Pengikut Nakbebel Sahaja Sila like untuk buka Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy