Header Ads

Programmer paling muda di Filipina membina syarikat miliknya ketika berusia 13 tahun


Gadis yang berasal dari Bandar Antipolo, Filipina, walau bagaimanapun berbeza dengan remaja seusianya. Ketika di awal usia 10 tahun, Isabel Sieh telah mula belajar coding dengan sendiri.


"Ketika saya berusia 10 tahun, guru saya menyedari bahawa saya sangat sukakan matematik jadi beliau mencadangkan supaya saya mula coding. Beliau telah menunjukkan kepada saya laman sesawang ini yang dipanggil Code Academy," kata Isabel Sieh.

Perkara yang lebih menarik tentang anak muda ini ialah dia bukan sahaja sentiasa belajar, malah dia turut membina syarikat miliknya sendiri - Girls Will Code.


Isabel telah mengasaskan sebuah syarikat yang diberikan nama Girls Will Code, satu komuniti untuk remaja perempuan yang berminat dalam coding. Matlamat syarikatnya adalah untuk menggalakkan remaja perempuan dan menggalakkan pihak sekolah untuk mengajar para pelajar asas dalam programming atau menjadikan perkara ini sebagai aktiviti selepas waktu persekolahan.

Ketika berusia 10 tahun, dia telah mula belajar asas Hypertext Markup Language (HTML) dan JavaScript melalui kelas atas talian (online). HTML adalah perkara paling asas dalam sesebuah laman sesawang dan digunakan untuk memajukan dan mencipta laman sesawang secara visual. Javascript pula adalah satu bahasa pengaturcaraan (programming language) yang mengatur gaya laman sesawang dan menjadikan laman tersebut "hidup".

Dia menyedari pembelajarannya secara atas talian adalah terhad. Ibu Isabel yang sangat menyokong minat anaknya telah mendapatkan guru untuk meningkatkan lagi kemahiran anaknya.

Pada 14 Februari tahun ini, Isabel telah berkongsi minatnya dengan mengajar sekumpulan pelajar sekolah rendah seramai 10 orang dari Sekolah Rendah Bagong Nayon 2, asas programming.

Dia menggunakan Scratch Jr. untuk mengajar para pelajar tersebut. Scratch Jr. adalah satu bahasa pengaturcaraan yang dibuat khas untuk kanak-kanak (berusia 5-7 tahun) yang mana mereka boleh mengatur sendiri permainan dan kisah menarik. Dengan melakukan sedemikian, kanak-kanak tersebut dapat belajar dengan mudah cara menyelesaikan masalah dan mereka projek menggunakan komputer melalui kod.

Para pelajar tersebut turut belajar pengaturcaraan secara grafik untuk melaksanakan tugas tertentu, seperti membuat karakter tersebut melompat, berlari, menari, serta menyanyi. Pada akhir sesi tersebut, para pelajar telah membentangkan hasil kerja mereka.

Anak muda yang kini berusia 13 tahun ini, mengajar kita bahawa sesuatu perkara itu bukanlah terlalu awal (atau lewat) untuk belajar perkara baru dan mahir tentang perkara tersebut.

Dikuasakan oleh Blogger.