Header Ads

"Perubahan yang ketara dari si dia" Ketahui tanda awal pasangan anda tidak setia

“Aku perasan dia dah lain sangat.. tak macam dulu.. Dia dah tak sayangkan aku lagi ke..”

Pasti ini yang akan bermain di fikiran anda, apabila anda merasakan perubahan yang ketara daripada pasangan anda. Jika dulu, anda lah orang yang paling dia rindu, namun kini, anda pun dia tak cari dah. Dalam setiap perhubungan sama ada yang sudah berkahwin, mahupun yang mempunyai kekasih hati, pasti timbulnya masalah tentang kesetiaan dan kepercayaan.Ini kerana kedua-dua perkara tersebut merupakan yang paling penting untuk mendapatkan hubungan yang berkekalan. Anda ingin tahu tanda-tanda pasangan anda curang?

Jom baca lima tanda-tanda penting ini!

1- Jarang berhubung

Jika pasangan anda sudah mula menunjukkan sifat tidak endah kepada anda, apatah lagi untuk menjenguk anda dikala anda sibuk mahupun sedang sakit, anda dan pasangan anda perlu duduk berbincang mengenai perkara tersebut.

2- Sering mengelak untuk berjumpa

Apabila pasangan anda asyik mengelak dari berjumpa dengan anda, cuba bertanya pada si dia kenapa banyak kali dia beri seribu satu alasan, sudah patut anda membincangkan tentang status perhubungan korang berdua.

3- Pantang bila melihat anda mengambil telefon bimbitnya

Tanda-tanda paling ketara si dia mempunyai orang lain adalah apabila anda mungkin berniat hanya untuk melihat telefonnya atau bermain game dan disaat itu juga anda dimarahinya tanpa sebab yang munasabah. Takkanlah sudah lama bersama sebelum ini tidak pernah pula dimarahinya, tetapi apabila melihat telefon bimbitnya secara tiba-tiba anda dimarahi tidak tentu pasal.

4- Cara si dia menghantar mesej atau Whatsapp kepada anda berbeza dari sebelum ini

Mungkin ini juga satu petanda di mana pasangan anda sudah mula melayan anda dengan mesej yang sangat ringkas dan asyik memberi alasan sedang buat kerja walaupun pada waktu tengah malam atau hari cuti.

5- Minta putus tanpa alasan munasabah

Ini memang selalu jadi! Jika pasangan anda semakin kerap bagi 1,001 alasan dan secara tiba-tiba minta putus dengan anda dengan alasan yang tidak munasabah, pasti ada sesuatu tak kena dengan si dia.
Dikuasakan oleh Blogger.