Header Ads

Pakar Psikologi Telah Mencipta Corak ini Bagi Menguji Personaliti Diri Anda


Pakar psikologi telah mencipta corak2 ini untuk personaliti diri. Mereka telah mengujinya di peringkat global, selama beberapa tahun. Terdapat 9 jenis personaliti asas.

Pilih mana-mana corak yang anda suka untuk menggambarkan diri anda secara tepat/ paling hampir.

Jawapan:
Dah pilih? Kalau boleh janganlah mengelat ye. Pilih dulu baru baca review tau. Hehehe

(Pilihan no gambar dari kiri ke kanan)



1- Introspektif, Sensitif, Reflektif

Anda dapat memahami diri dan persekitaran anda dengan lebih mudah dan mendalam jika dibandingkan dengan kebanyakan orang yang lain. Anda bencikan kedangkalan (cetek tentang pengetahuan), anda lebih sanggup bersendirian berbanding dengan bercakap perkara remeh. Hubungan anda dengan rakan-rakan adalah amat baik, ini memberikan kesan yang harmoni dan ketenangan dalaman pada hubungan tersebut . Anda tidak susah untuk bersendirian jangka masa yang panjang dan anda jarang berasa bosan.

2- Berdikari, Tak Konvensional

Anda mahu kehidupan yang bebas dan tidak mahu dikongkong untuk membolehkan anda menentukan arah tuju sendiri. Anda mempunyai kecenderungan seni dalam pekerjaan atau aktiviti riadah. Kadang kala, kemahuan anda untuk bebas menyebabkan anda melakukan perkara yang bertentangan dengan perkara yang anda sendiri tidak menjangkakannya.

3- Dinamik, Aktif, Ekstrovert

Anda rela menerima risiko-risiko tertentu untuk mendapatkan kerja yang menarik dan pelbagai. Namun, rutin harian anda berkecenderungan untuk meninggalkan kesan negatif pada diri .
Anda berupaya memainkan peranan yang aktif pada sesuatu perkara dalam hidup anda. Dalam usaha anda yang itu, inisiatif diri memainkan peranan yang penting.

4- Terus Terang, Seimbang, Harmoni

Anda menghargai gaya natural dan suka perkara yang tidak rumit. Orang lain mengagumi anda kerana anda praktikal dan mereka boleh bergantung kepada anda. Anda membuatkan orang yang rapat dengan anda berasa selamat dan tenang. Anda dipersepsikan sebagai orang yang mesra dan insani. Anda menolak segala yang menyilaukan dan lapuk. Anda berkecenderungan untuk berasa skeptikal terhadap kehendak trend fesyen. Bagi anda, pakaian haruslah praktikal dan tampan tanpa terlalu menonjol.

5- Profesional, Pragmatik, Yakin Diri

Anda menguasai hidup anda dengan lebih mempercayai usaha sendiri daripada nasib. Anda suka menyelesaikan masalah dengan cara yang praktikal dan tidak rumit. Anda memandang secara realistik unsur-unsur dalam kehidupan dan menanganinya tanpa ragu-ragu. Anda diberi banyak tanggungjawab di tempat kerja kerana orang lain boleh bergantung kepada anda.
Kekuatan azam anda yang menonjol menunjukkan sifat keyakinan diri kepada orang lain. Anda tidak berpuas hati sepenuhnya sehingga anda telah mencapai apa yang anda inginkan.

6- Tenang, Berhati-hati, Tak Agresif

Anda mudah berbicara tetapi bersifat berhati-hati. Walaupun anda mudah berkawan namun anda lebih suka bersendirian dan bebas. Anda suka memencilkan diri dari masa ke masa untuk merenung tentang erti kehidupan serta menikmatinya sendiri. Anda memerlukan kelapangan, jadi anda pergi ke tempat tenang dan permai. Namun, anda bukannya penyendiri cuma lebih gemar berdamai dengan diri sendiri dan dunia, serta menghargai hidup anda dan apa yang ditawarkan oleh dunia ini.

7- Tanpa Bimbang, Kelakar, Riang

Anda suka hidup yang bebas dan spontan. Anda cuba menikmati hidup anda dengan sepenuhnya mengikut motto: "Hidup cuma sekali."
Anda bersifat ingin tahu dan terbuka kepada segala yang baru dan suka untuk memajukan diri atas perubahan yang baik. Tiada yang lebih buruk bagi anda daripada rasa terikat. Anda suka pada persekitaran yang versatile dan sering menakjubkan.

8- Romantis, Pengelamun, Beremosi

Anda seorang yang sensitif. Anda enggan memandang dari segi rasional dan waras sahaja. Perasaan anda membawa erti yang sama penting. Anda berpendapat bahawa harapan adalah penting dalam hidup.
Anda menolak orang yang tidak suka kepada romantisme dan hanya berpandukan oleh rasionaliti. Anda tidak membenarkan sebarang kongkongan terhadap variasi perasaan hati dan emosi anda.

9- Analitik, Amanah, Keyakinan Kendiri

Anda seorang yang bersifat halus serta mempunyai gaya yang tersendiri. Pemikiran anda sangat tajam sehinggakan anda boleh menemui sesuatu apabila orang lain terlepas pandang. Anda kurang gemar dengan fesyen kerana kehidupan anda berlandaskan dengan adab dan budaya yang membuatkan anda menghargai sesuatu perkara lebih dari kawan-kawan anda.

Dikuasakan oleh Blogger.