Header Ads

Pakar psikologi memberi amaran jangan pernah ucap 4 kata-kata ini apabila bercakap dengan anak


Apabila kita dilahirkan, ibu bapa adalah segala-galanya yang kita miliki di dalam dunia ini. Mereka adalah orang yang kita cari untuk sokongan, tunjuk ajar, dan keselamatan.

Ibu bapa adalah contoh teladan untuk anak-anak dan disebabkan itu, perbuatan dan kelakuan ibu bapa sangat penting dalam pembentukan jiwa anak-anak.

Cara kita bercakap dengan anak-anak akan menjadi suara dalaman mereka

Otak kita mempunyai lebih banyak gabungan saraf ketika waktu kecil. Ia menyerap hampir semua perkara yang berlaku di sekeliling kita dengan tujuan untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling dengan lebih baik. Semakin kita membesar, saraf yang ada adalah saraf yang sering digunakan dan menghapuskan saraf yang jarang digunakan.

Suara ibu dan bapa kita adalah sesuatu yang memberi kesan mendalam terhadap jiwa kita, ia menjadi suara dalaman kita.

Cara mereka bercakap dengan kita menjadi cara suara dalaman kita bercakap dengan diri kita sendiri, iaitu cara kita bercakap dengan diri sendiri.

Jika mereka sering bercakap dengan kita dalam keadaan yang marah, jika mereka meninggikan suara apabila kita melakukan kesalahan, begitulah caranya kita menguruskan diri kita apabila kita melakukan kesilapan. Kita semua manusia dan kita melakukan kesilapan. Itu adalah perkara biasa dan kita perlu belajar daripada kesilapan dan mengatasinya.

Bagaimana anda bercakap dengan anak anda?

Suara dalaman yang menghina dapat menghalang kita daripada mencuba perkara baru dengan membuatkan kita berasa tidak berguna apabila kita melakukan kesilapan. Manakala suara dalaman yang mesra dapat menjadi sokongan kita yang paling hebat, petunjuk, dan pemberi motivasi dalam kehidupan.

Oleh itu, pentingnya untuk anda bercakap dengan anak dengan penuh kasih sayang, kebaikan, dan kejujuran walaupun mereka telah melakukan kesilapan. Anda akan membina satu suara dalaman dalam kepala mereka yang akan menyokong mereka dalam kehidupan apabila mereka memerlukan sokongan tersebut, walaupun anda tidak bersama-sama dengan mereka.

Atau anda boleh cuba untuk elakkan daripada menuturkan kata-kata ini:


"Berhenti menangis sekarang!"

Selalunya apabila seorang kanak-kanak tahu mereka akan dimarahi, mereka akan mula menangis. Walaupun mereka tiada alasan untuk menangis, itu adalah emosi mereka. Dengan mengucapkan kata-kata ini, anda sebenarnya menindas perasaan mereka secara perlahan.

Anda seharusnya berkata dengan baik: "Tidak mengapa untuk menangis tetapi tidak bermakna apa yang adik buat ini betul." Peluk mereka dan terangkan mengapa perbuatan mereka adalah salah.

"Anak tak guna!"

Ini kata-kata yang paling teruk untuk diungkapkan kepada anak-anak. Terutama apabila anda adalah idola anak-anak. Anda akan meletakkan anak-anak dalam keadaan mengharapkan sesuatu daripada dunia luar, bukan daripada ibu bapanya sendiri. Anda yang sepatutnya membantu mereka mencari nilai kekeluargaan, tetapi anda membiarkan mereka percaya bahawa tidak wujud nilai itu.

Ada banyak kata-kata yang boleh anda ucapkan, seperti: "Adik boleh buat dengan lebih baik lagi!". "Tiada sesiapa yang sempurna.", "Hari ni bukan hari adik, lain kali adik akan buat lebih baik."

"Dah besar tak boleh takut"

Pertama, mengapa anda berbohong dengan anak anda? Mungkin anda sebenarnya lebih takut berbanding anak anda. Kedua, anda memaksa mereka untuk menolak apa yang mereka rasakan. Ketakutan bukanlah perkara buruk, ia mengingatkan kita untuk berhati-hati. Anda tidak seharusnya melarikan diri daripadanya, tetapi sebaiknya hadapi perasaan tersebut dan belajar daripadanya. Keberanian sebenar bukanlah menjadi orang yang tidak takut, tetapi berhadapan dengan ketakutan tersebut walaupun anda sedang berada dalam ketakutan.

"Ayah kecewa dengan adik!"

Ibu bapa selalu bercakap begini kepada anak-anak apabila mereka berasa kecewa terhadap anak-anak. Cuba membuatkan mereka bertanggungjawab kerana kekecewaan anda adalah sikap mementingkan diri. Anda boleh berasa kecewa dengan rakan, tetapi tidak dengan anak anda. Anda seharusnya ada bersama mereka untuk jalan yang betul. Apabila mereka membuat kesilapan, bimbing mereka.

Dikuasakan oleh Blogger.