Header Ads

Pada usia 20-25, soalan ini yang selalu akan ditanya oleh orang lain

Dari satu  pelajaran dan ujian yang harus kita dapat pada usia 25 nanti. Ada juga hal lain yang harus kita persiapkan. Apalagi kalau bukan soalan-soalan yang akan datang dari dunia di luar sana. Sekalipun kita bukan orang yang terkenal, mesti ad je orang-orang di sekeliling - entah yang dekat atau jauh. Diorang pasti nak tahu segala khabar mengenai diri kita yang sudah berada di pertengahan umur ni. Agaknya apa lah soalan yang yang selalu ditanya ye ? jengjengjeng.

1. Kerja kat mana sekarang?
Kalau di usia awal 20-an  kita selalu ditanya pasal belajar dekat mana. Kini pada usia 25-an soalan yang sering muncul adalah"kerja di mana?" Bukan hanya ibu bapa yang berharap pada usia ini kita dah mula menuju kematangan. Tetapi orang-orang lain seperti saudara, kawan, atau jiran tetangga sekitar rumah pun ingin tahu pencapaian diri kita di usia yang terbilang cukup dewasa ni. Sekurang-kurangnya mereka tahu kita sudah dapat pekerjaan yang cukup baik, dan cukup untuk membiayai keperluan sendiri.



2. Dah kahwin ke belum?
Dewasa ini menikah muda di usia awal 20-an dah tak menjadi janggal buat dunia sekarang. Semakin cepat berkahwin, semakin dianggap hebat kerana berani mengambil keputusan yang cukup sukar. Memandangkan membina rumah tangga tak semudah bercinta. Sementara itu, kawan-kawan sebaya sendiri pun sudah banyak yang dah kahwin . Dah tu kita sendiri macam mana?dah kahwin ke belum? hehe

3. Bila nak kahwin?
Kalau kita lelaki sudah berumur 25, tapi masih belum juga berkahwin. Ia seolah-olah kita harus sentiasa bersiap sedia dengan soalan 'bila nak nikah?' Agak leceh  kalau hidup ni seperti dikejar-kejar oleh petanyaan ini je. Kalau ikutkan dah macam macam jawapan yang kita tebarkan. Mulai dari 'tunggu je', sehingga jawapan tak masuk akal seperti 'kalau nak sabtu minggu ni' atau 'tunggu bidadari turun dari langit ' atau 'besok aku akan kahwin,dah besok,dan besok lagi dan lagi. hahaha. Tapi nak buat macam mana lagi, kebanyakan orang menganggap diusia ni sudah cukup matang untuk sampai ke alam perkahwinan.

4. Apa plan masa depan kau?
Sebenarnya dari soalan klasik boleh kira semuanya sama, apalagi kalau bukan tentang masa depan. Mungkin dulu sewaktu SK atau SMK orang akan lebih sering bertanya apa cita-cita kau kalau dah besar nanti?. Sekarang seperti sudah tentu tentang kerja, kamu pasti akan ditanya apa plan lima tahun ke depan. Kadang ada juga yang bertanya langsung pada topik yang lebih menyakitkan, seperti  sampai bila nak kerja ikut orang? bukan lebih elok ke kerja atas tenaga dan usaha sendiri? Ambil yang baiknya saja, mungkin mereka ingin kamu lebih berjaya dari sekarang. Paling tidak punya bekalan pada hari tua.

5. Sekarang tinggal kat mana? 
Kerana memang ada waktunya  kita sudah harus hidup berdikari. Tak lagi bergantung kepada mak ayah. Tak tinggal di rumah ibu bapa, meski ayah atau ibu kita sendiri tak pernah keberatan kita tinggal di sana. Jadi wajar kalau di usia 25 ini orang juga akan bertanya tempat tinggal kamu sekarang. Sebab siapa tahu kamu sudah berjaya dan punyai rumah sendiri .

Semakin banyak pengalamanmu dalam perjalanan, semakin terbuka juga pola pemikiranmu tentang semua hal.

Dikuasakan oleh Blogger.