Header Ads

Pada keadaan kita tidak sedar 5 perkara ini akan membuatkan kita menjadi pelupa

Gangguan memori jangka pendek, seperti lupa nama seseorang atau lupa di mana letak kunci kereta, mungkin sering kita mengalaminya. Berita baiknya,kita boleh atasi dengan mudah penyebab kepada gangguan memori tersebut.

Antara penyebab kepada gangguan memori ini adalah:-

1. Kurang tidur
Cukup tidur setiap malam adalah rahsia mendapatkan ingatan yang tajam. Dalam sebuah kajian tahun 2015 disimpulkan, lelaki yang hanya tidur 4 jam setiap malam, cenderung mengalami gangguan daya ingatan ketika berada dalam situasi yang stress.

2. Sifat cemas
Ketika sedang bimbang tentang banyak hal, dan kita juga sedang belajar sesuatu yang baru, maka kebimbangan kita akan mengurangkan kemampuan untuk belajar. Rasa cemas ini akan membuat kita kurang fokus, kurang mendengar dan sehingga sukar mengingati sesuatu perkara.

3. Pengambilan ubat
Ada ubat-ubatan tertentu yang mempunyai kesan sampingan pada kemampuan daya mengingat. Misalnya saja antihistamin untuk ubat antialergi atau ubat antidepresan.

4. Banyak gangguan
Instagram, Facebook, Twitter, e-mel, dan juga perbualan di telefon bimbit, membuat kita mudah terdistraksi. Otak kita tidak boleh menghadapi banyak rangsangan sekaligus sehingga kita sukar menumpukan perhatian kepada sesuatu hal.

5. Menjelang menopause
Hormon estrogen mampu melindungi fungsi kognisi. Malangnya, kadar yang akan terus menurun seiring dengan usia yang meningkat. Pada wanita, menjelang menopause estrogen akan berkurangan banyak, sehingga salah satu gejala yang dialami adalah jadi pelupa.
Dikuasakan oleh Blogger.